Pemain Argentina menangis seperti perempuan menentang Croatia

Kickbola.netPertahanan Croatia, Sime Vrsaljko sebelum ini mengejek reaksi kekalahan pemain Argentina ‘yang menangis seperti perempuan’ dan Rebic tidak berpuas hati dengan Messi serta rakan sepasukannya. .
Pemain Argentina menangis seperti perempuan menentang Croatia

Rebic tak jadi tukar jersi dengan Messi

PEMAIN Croatia, Ante Rebic nyata kecewa terhadap persembahan dan cara Argentina berdepan kekalahan 3-0 sehingga dia membatalkan keputusan untuk bertukar jersi dengan Lionel Messi.



Rebic meledak gol pembukaan di Nizhny Novgorod, susulan kesilapan Willy Caballero sebelum Luka Modric dan Ivan Rakitic membolehkan mereka meraih kemenangan selesa sekali gus menempah tiket ke pusingan 16 terbaik.

Pertahanan Croatia, Sime Vrsaljko sebelum ini mengejek reaksi kekalahan pemain Argentina ‘yang menangis seperti perempuan’ dan Rebic tidak berpuas hati dengan Messi serta rakan sepasukannya.

“Secara jujurnya, saya mahu mendapatkan jersi Messi untuk kawan saya yang juga adalah peminat Messi,” katanya kepada Goal.


“Namun pemain Argentina memberikan pandangan yang buruk kepada saya jadi saya membatalkan hasrat untuk mendapatkan jersi Messi.

“Saya mengharapkan lebih lagi khususnya daripada pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sudah terbiasa dengan tempo permainan tinggi.

“Anda lihat Nicolas Otamendi. Ketika Mario Mandzukic melepasi kawalannya pada minit keempat, dia hanya berguling di atas padang.


“Saya kecewa dengan sikap mereka serta cara mereka melakukan provokasi. Atlet seharusnya tahu untuk berdepan dengan kekalahan,” katanya.

Share on Google Plus

Tentang ObsesBola

Ex Gilfriend Christiano Ronaldo, sedang berusaha memenangi hati Gareth Bale, bukan kerabat Paris Hilton, penulis bertauliah..
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment