DC United Rembat Wayne Rooney

Kickbola.net WAYNE Rooney akan tiba di Washington hari ini untuk memuktamadkan perpindahan ke kelab Major League Soccer, DC United. - Foto fail Reuters.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


DC United Rembat Wayne Rooney

Rooney makin hampir ikut jejak Beckham

Penyerang Everton, Wayne Rooney akan tiba di Washington hari ini untuk memuktamadkan perpindahan ke kelab Major League Soccer, DC United, kata sumber kepada AFP.

Bekas kapten England dan Manchester United itu dijangka mengikat kontrak selama dua tahun setengah dengan yuran perpindahan dianggarkan sekitar $13 juta.

Menurut laporan Washington Post, DC United sudah mencapai persetujuan untuk membayar yuran buat penyerang berusia 32 tahun itu tanpa mendedahkan jumlah sebenarnya.

Rooney tidak boleh beraksi buat DC United sehingga pasaran perpindahan dibuka pada 10 Julai ini.

Bagaimanapun, kelab itu berharap pemain itu dapat memulakan latihan secepat mungkin, dengan kemungkinan besar pada hujung minggu ini.

Andai menjadi kenyataan, khidmat Rooney sempat diguna DC United untuk baki 20 perlawanan musim ini.

Walaupun pihak pengurusan DC United menolak untuk mengeluarkan sebarang komen, namun jurulatihnya, Ben Olsen berkata, beliau pasti mengalu-alukan ketibaan pemain yang berkaliber seperti Rooney.

"Ia adalah berita mengujakan. Saya fikir kemasukan pemain baru akan membantu kelab ini dari pelbagai cara yang berbeza."

DC United kini berada di tangga terbawah saingan MLS Eastern Conference selepas sekadar mengutip dua kemenangan, empat seri dan enam kekalahan. - AFP

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.