Nike taja Cristiano Ronaldo Seumur Hidup!

Kickbola.netCRISTIANO Ronaldo memperoleh sehingga 40 juta euro (RM184.08 juta) setahun bagi perjanjian dengan Nike. - Foto EPA.

Ronaldo tandatangani 'perjanjian seumur hidup' dengan Nike

Sehari selepas menandatangani kontrak baharu yang lumayan bersama Real Madrid, Cristiano Ronaldo menambah lagi pendapatannya dengan perjanjian baharu bersama Nike, gergasi sukan Amerika Syarikat, semalam.


D
ikatakan perjanjian mega yang bernilai jutaan dolar itu menjadikan Ronaldo sebagai ahli sukan yang memperoleh pendapatan tertinggi, mendahului musuhnya di Barcelona, Lionel Messi.

Menurut majalah Amerika Syarikat Forbes, Ronaldo mengatasi Messi pada 2016 dengan pendapatan sebanyak $88 juta (RM367.62 juta).

Biarpun tiada angka rasmi, namun kontrak Ronaldo selama lima tahun bersama Real itu dikatakan mempunyai gaji asas 25 juta euro (RM115.05 juta) setahun.


Pemenang anugerah Balon d'Or sebanyak 5 kali Cristiano Ronaldo mempunyai tajaan yang tersangat banyak sehinggakan beliau digelar sebagai "papan iklan bergerak".

Di antaranya termasuklah Tag Heuer, Abbott Laboratories, Herbalife dan sudah tentu, Nike.

Pada tahun 2016, Ronaldo mengikuti jejak langkah LeBron James apabila beliau menandatangani kontrak seumur hidup dengan Nike.

Sebelum menandatangani perjanjian baru ini, Ronaldo mula-mula menandatangani dengan Nike pada tahun 2003 dan mengembangkan koleksi termasuk kasut untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.


Kasut signaturenya, Nike Mercurial Superfly V FG kini dijual dengan harga RM1,200 di laman web syarikat itu.

Dinamakan sebagai atlet dengan pendapatan paling tinggi pada tahun 2017 oleh Forbes, Cristiano Ronaldo mempunyai kekayaan bernilai RM1.9 bilion.




Bintang berumur 31 tahun itu juga memperoleh sehingga 40 juta euro (RM184.08 juta) setahun bagi perjanjian dengan Nike, menurut akhbar sukan Sepanyol Marca.

Marca dan AS berkata, perjanjian Nike dengan penyerang sensasi Portugal itu adalah bagi seumur hidup seperti mana antara Nike dan legenda bola keranjang Michael Jordan.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan jenama ini, saya mempunyai kawan baik di syarikat ini di sini," kata Ronaldo dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Nike bagi mengumumkan "kontrak baharu jangka masa panjang" itu.


"Kami bekerja sebagai sebuah keluarga juga," katanya.

"Ini adalah jenama saya." - AFP

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.