Pemain Leicester City FC terima hadiah BMW i8

Kickbola.net Pemain Leicester terima hadiah BMW i8
Pemain Leicester City FC terima hadiah BMW i8

LONDON: Pemain Leicester City diberi ganjaran sebuah kereta mewah sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris, musim lalu.

Jamie Vardy, Riyad Mahrez dan rakan sepasukan yang lain membawa kelab itu muncul juara liga dan pemilik kelab dari Thailand menghadiahkan setiap seorang daripada mereka sebuah kereta model BMW i8.


Kelab sudah menyerahkan 19 buah kereta yang setiap daripadanya bernilai STG104,500 (RM551,007) sebagai sebahagian daripada bonus untuk pemain seperti termaktub dalam perjanjian mereka.


Ditanya sama ada dia turut akan menerima kereta, pengurus Leicester City, Claudio Ranieri berkata:

"Adakah sebahagian daripada ganjaran hanya untuk mereka? Tidak termasuk saya? Saya akan bercakap dengan pemilik kelab!".


Ranieri yang sedang mempersiapkan skuad bimbingannya untuk pertemuan menentang Manchester United dalam aksi Piala Perisai Komuniti, malam esok menambah:

"Saya hanya memikirkan mengenai perlawanan, bukan mengenai kereta".




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.