Format Liga Malaysia 2016 mirip EPL & Bundesliga

Kickbola.net CEO FMLLP, Kevin Ramalingam berazam mahu meningkatkan standard Liga M dan memastikan Liga M terus menjadi antara yang terbaik di Asia. Jadi semua pasukan perlu diswastakan secara berperingkat sebelum 2017. Jika tidak memenuhi kriteria penswastaan, bye bye.. Hello Liga FAM.. Welcome to Division 3.
FORMAT LIGA M 2016 MIRIP EPL DAN BUNDESLIGA

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam mengesahkan saingan Liga Malaysia 2016 akan berwajah baru mirip liga-liga terkemuka dunia.

FMLLP mengorak langkah dalam usaha menjadikan Liga Malaysia antara terbaik di rantau Asia.

Ia menyaksikan format liga M musim ini bakal diubah dengan saingan Liga Super dan Liga Perdana akan berlangsung dari Februari hingga Oktober.

Difahamkan, saingan Piala FA dan Piala Malaysia akan dimainkan ketika saingan liga masih berlangsung.

Ia mungkin sesuatu yang baru bagi bola sepak Malaysia, namun format baru itu mirip Liga Perdana Inggeris di England dan Bundesliga di Jerman.

"Format ada perubahan, akan ada perubahan dalam kalendar kita, jadi setiap pasukan diharapkan faham akan ada satu musim penuh untuk semua 24 pasukan," jelasnya.

Seiring dengan hasrat penswastaan liga, aspek perubatan juga diberi penekanan oleh FMLLP ketika taklimat pasukan Liga Super dan Liga Perdana 2016 di Shah Alam pada Jumaat.

"Kita sekarang membuat penetapan bahawa setiap pasukan perlu adanya doktor pasukan dan kita juga akan jalankan ujian doping sepanjang musim," katanya..

TAKLIMAT UNTUK PASUKAN LIGA SUPER DAN LIGA PERDANA 2016


1. "Liga Malaysia tidak akan dimainkan pada bulan Ramadhan pada tahun ini," - Ahli Lembaga Pengarah FMLLP, Dato' Sri Afandi Haji Hamzah

2. "Keputusan membuka transfer window pada Jan dan Jun dibuat selepas kajian dan nasihat daripada liga-liga terkemuka dunia.

3. "Liga Malaysia tahun ini akan berlangsung sepanjang musim dari Februari hingga Oktober,"

4. "Pasukan Liga Super akan menerima RM1 juta dan RM500,000 untuk pasukan Liga Premier. Ini adalah bayaran tetap, penambahan akan diadakan kemudian," - Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam

5. "Semua pasukan perlu menandatangani Partnership Agreement dengan FMLLP dimana setiap wakil adalah FMLLP dan berkuasa untuk mengubah jadual, peraturan dan lain-lain di peringkat Kongres Liga.

6. "Tindakan disiplin dan tatatertib masih kekal di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), termasuk status dan kontrak pemain," - Legal Counsel FMLLP, Nizamuddin Hamid.

7. "Jika keputusan pengadil perlu diubah, harus dipastikan kesalahan itu serius dan jelas. Contohnya kesilapan melayangkan kad perlu dibuktikan dengan video.

8. "Pasukan tuan rumah bertangunggjawab ke atas kesalah penyokong yang berlaku semasa perlawanan,"- Pegawai undang-undang FAM, En Raimi.

9. "Kebanyakkan kematian dalam bolasepak berlaku disebabkan serangan jantung secara tiba-tiba.

10. "Setiap pasukan wajib memiliki Automated External Defibrillator (AED). Perlawanan tidak akan dimula jika tiada AED.

11. "Tahun ini, setiap pasukan perlu mempunyai seorang doktor dan ambulans berkelas A yang boleh melakukan pembedahan kecil," - Dr. Siva dari Jabatan Medikal dan Sains Sukan FAM

12. "Vanishing spray akan digunakan nanti. Masih dalam perbincangan.

13. "Jab. Pengadil FAM memiliki Facebook Group 'FAM On The Field' untuk pengadil & penilai pengadil bertukar pandangan & menilai kesilapan," - En Kassim Kadir Bacha dari Jabatan Pengadil FAM

14. "Nama-nama pemain yang digantung kerana rasuah akan diedarkan kepada semua pasukan agar pasukan tidak menandatangani pemain-pemain ini

15. "Drone dikira sebagai ancaman baru yang perlu diberi perhatian serius jika dilihat semasa perlawanan berlangsung," - Tuan Hj Osman Bakar dari FAM

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.