Pemain Keturunan Indonesia Massimo Luongo Masuk pencalonan awal FIFA Ballon d'Or 2015

Kickbola.net Pemain Keturunan Indonesia Masuk pencalonan awal Ballon d'Or.
Pemain Keturunan Indonesia Massimo Luongo Masuk pencalonan awal FIFA Ballon d'Or 2015

Ballon d'Or merupakan anugerah tertinggi untuk seorang pemain bola sepak, yang hanya pernah dimenangi oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, sejak kali pertama digabungkan dengan FIFA World Player of the Year pada 2010 lalu,


Ok yang Menariknya, dari 59 nama calon-calon yang dikeluarkan oleh Mundo Deportivo, terselit nama Massimo Luongo, pemain Australia yang bermain di Piala Asia 2015.



Pemain berusia 23 tahun sebaris dengan nama pemain seperti Tim Cahill dan Harry Kewell, sebagai pemain Australia yang pernah menjadi calon penerima Ballon d'Or.


Luongo baru sahaja pindah ke QPR,sebelum ini dia bermain di Swindon Town.




Menariknya lagi, Luongo mempunyai darah Indonesia mengalir dalam dirinya. Laman Wikipedia menunjukkan bahawa pemain berusia 23 tahun merupakan anak kepada Mario Luongo dan Ira Luongo, ibunya yang merupakan keturunan Australia-Indonesia.

Nama 59 calon penerima Ballon d'Or akan dikurangkan menjadi 23 pemain sebelum pemenang diumumkan pada Januari akan datang.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.