Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengambil langkah drastik apabila memecat pengurus pasukan, George O'Callaghan dan pemain import dari Singapura, Fazrul Nawaz.
Sabah FA membuat 'kejutan' dengan PEMECATAN di hari pelancaran jersi pasukan dan pengenalan pemain di Hotel Grandis, Suria Sabah sebentar tadi...CEO pasukan Sabah Dtk Sri Panglima TC Goh, memgumumkan pemecatan Pengurus Pasukan, Pengarah Teknikal dan General Manager George O'Callghan...kalau kes George ni memang sudah dijangka, pemecatan pemain import slot Asia dari Singapura, Fazrul Nawas adalah sesuatu yang amat tidak disangka...
Menurut Goh, kedua2 mereka telah melanggar kontrak masing2 tapi tidak dijelaskan secara terperinci...Goh akan mengambil alih tugas sebagai Pengurus Pasukan manakala Justin Ganai kekal sebagai Jurulatih...
Tak habis2 masalah dalam skuad Sang Badak ni.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Rhinos, Datuk Seri TC Goh, ketika mengumumkannya di sini sebentar tadi, berkata keputusan itu dibuat berikutan kedua-dua mereka didapati melanggar kontrak dengan pasukan.
Goh berkata, beliau akan mengambil alih tugas sebagai pengurus pasukan Liga Perdana Sabah, berkuat kuasa serta merta.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas butiran pelanggaran syarat kontrak oleh Callaghan dan Fazrul hingga menyebabkan mereka disingkirkan sebelum saingan Liga Perdana bermula, awal bulan depan.
Berikutan keputusan itu, skuad Sabah hanya menggunakan khidmat tiga pemain import iaitu bekas penyerang Liverpool, El Hadji Diouf; bekas pertahanan Hull City, Abdoulaye Faye dan penyerang Libya, Eamon Zayed.
"Tugas selaku jurulatih pasukan ketika ini dikendalikan oleh Justin Ganai," katanya.
Mengenai Datuk Ong Kim Swee yang dikaitkan dengan pasukan itu, Goh berkata, apa pun boleh berlaku.
"Setakat ini apa yang didaftarkan masih kekal Justin sebagai ketua jurulatih. Namun, kita tidak tahu apa bakal berlaku, mungkin ada perubahan sebelum liga bermula," katanya..