PRA MUSIM : SABAH FA VS TAMPINES ROVERS FC 30 JANUARI 2015

TAMPINES ROVERS UJI SABAH RHINOS 30 JANUARI INI

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



TAMPINES ROVERS UJI SABAH RHINOS 30 JANUARI INI

SEBAGAI persiapan menghadapi Liga Malaysia 2015 yang bermula Februari depan, Sabah Rhinos akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab dari Singapura, Tampines Rovers FC pada 30 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Sabah Rhinos, Datuk Seri Panglima TC Goh mengesahkan pekara itu dan berkata perlawanan akan berlangsung di Stadium Likas bermula jam 8.15 malam.


Tampines Rovers FC sebelum ini pernah lima kali menjuarai Liga Singapura iaitu pada tahun 2004, 2005, 2011, 2012 dan 2013 selain muncul juara Piala Singapura pada tahun 2002, 2004 dan 2006.

“Pasukan Tampines Rovers FC akan tiba di Kota Kinabalu pada 29 Januari ini untuk bertemu dengan pasukan Sabah Rhinos pada hari seterusnya iaitu pada 30 Januari di Stadium Likas,” katanya.

Sementara itu, Setiusaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Alijus Sipil ketika dihubungi, berkata tiket perlawanan akan mula dijual di Stadium Likas pada jam 10 pagi dengan harga RM20 bagi tempat duduk berbumbung dan RM10 bagi tempat duduk terbuka.

Highlight penuh perlawanan



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.