Pemain AFC Asian Cup yang paling kacak menarik!

Kickbola.net Pemain AFC Asian Cup yang paling kacak!
Pemain AFC Asian Cup yang paling kacak!

Tahun ini negara Australia menjadi tuan rumah untuk perlawaan bola sepak AFC Asian Cup 2015, yang telah pun berlangsung pada 9 hingga 31 Januari ini.

Pada mereka yang tidak tahu, sebanyak 16 pasukan dari 16 negara yang akan bertarung untuk merebut gelaran juara AFC Asian Cup 2015, yang sebelum ini dimenangi oleh negara Jepun pada tahun 2011 di Qatar.

Jadi bersempena dengan kejuaraan ini, jom kita lihat pemain-pemain bola sepak AFC Asian Cup 2015 yang paling kacak dan yang paling diminati ramai!

Chris Herd

Chris Herd atau nama sebenarnya Christopher Herd merupakan pemain skuad bola sepak kebangsaan Australia dan juga pemain untuk kelab Aston Villa di Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 26 tahun ini sentiasa menjadi kegilaan ramai dengan gerak langkahnya dan juga rupa parasnya yang mencairkan setiap wanita. Wajah keanak-anakannya menambat hati penonton. Tetapi kini, Chris Herd tampil matang seiring usianya dengan gaya terkini yang berjambang.

Shinji Kagawa

Pemain kacak dari Jepun berusia 26 tahun ini pernah bermain dengan kelab ternama Manchaster United selama dua tahun. Kagawa bukanlah calang-calang pemain kerana sebelum ini dia pernah membawa kelabnya Borussia Dortmund memenangi Bundesliga untuk musim 2013/2014 dan juga Piala Jerman. Kagawa bukan sahaja berbakat, malah memiliki rupa paras yang menarik. Boleh dikatakan antara semua pemain bola sepak kebangsaan Jepun, dia di antara yang terhangat!

Mitchell Langerak

Penjaga gol yang mempunyai rupa paras ala-ala 'baby face' ini merupakan pemain Australia. Nama sebenar Mitchell ialah Mitchell James Langerak dan kini berusia 27 tahun. Mitchell kini bermain untuk kelab Borussia Dortmund untuk Liga Jerman. Memang rupa parasnya kacak, tetapi jangan bersedih kerana Mitchell sudah pun bertunang dengan seorang model Riahannon Woods yang juga kelahiran Australia. Sama cantik sama padan pasangan ini.

Gōtoku Sakai

Sekali lagi pemain dari Jepun terpilih sebagai pemain yang memiliki rupa paras yang kacak. Jangan keliru kerana Gotoku Sakai merupakan pemain kacukan Jepun dan German yang dilahirkan di New York. Kini dia bermain untuk VfB Stuttgart di Liga Jerman. Siapa yang tidak sukakan lelaki yang mempunyai darah kacukan. Kacak bukan! Pemain berusia 23 tahun ini juga di antara pemain pertahanan terbaik di Bundesliga. Jangan anda tidak tahu, pemain ini juga mempunyai tiga kerakyatan iaitu United States, Jepun dan Jerman.

Ki Sung-yueng

Ki Sung-yueng diantara pemain bola sepak kebangsaan Korea Selatan yang paling kacak. Jika dia bukan yang paling kacak, manakan tidak dia mengahwini pelakon Han Hye-jin. Pemain berusia 26 tahun ini, kini bermain untuk kelab Swansea City di Liga Perdana Inggeris. Selain itu, pemain kacak ini juga merupakan kapten untuk pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pemain yang memakai jersi nombor empat ini, bukan sahaja kacak tetapi juga berbakat dalam bola sepak.

Alireza Jahanbakhsh

Alireza Jahanbakhsh merupakan pemain bola sepak kebangsaan Iran. Memang kacak! Pemain muda berusia 22 tahun ini bermain untuk kelab Belanda iaitu NEC dan merupakan pemain pilihan untuk kelab tersebut. Pemain jersi nombor tujuh ini juga di label di antara pemain paling kacak oleh wanita ketika Piala Dunia 2014.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.