Inter Milan sudah mendapatkan tanda tangan pemain sayap Bayern Munich, Xherdan Shaqiri tanpa mendedahkan jumlah pembayaran.
Pemain antarabangsa Switzerland itu yang menjaringkan hatrik ketika menentang Honduras dalam Piala Dunia 2014 juga menjadi sasaran Liverpool dan Stoke City sebelum ini.Pemain berusia 23 tahun itu sudah menandatangani kontrak empat setengah tahun dan akan kekal bersama kelab Roberto Mancini itu sehingga Jun 2019.
Pemain kelahiran Kosovo itu adalah pemain bintang kedua terbesar ke Inter selepas penyerang Jerman, Lukas Podolski yang dipinjamkan dari Arsenal. - BBC Sport