Chelsea mengukuhkan status selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United, awal pagi ini ketika juara bertahan, Manchester City hampa apabila sekadar seri 1-1 ketika menentang Everton di laman lawan.
Barisan Jose Mourinho yang sebelum ini melepaskan jurang sembilan mata milik mereka kepada Man City dan terikat mata sama kini mendahului dengan dua mata dengan gol daripada Oscar dan Diego Costa.
Ini adalah kemenangan ke-10 untuk Chelsea di Stamford Bridge daripada jumlah 10.
PEMAIN tengah Manchester City, David Silva (kiri) mengasak pemain Everton, Muhamed Besic pada saingan Liga Perdana Inggeris di Goodison Park, awal pagi ini. Keputusan seri 1-1. - Foto AP |
Di Goodison Park, Man City mendahului menerusi Fernandinho tetapi Steven Naismith menyelamatkan tuan rumah dengan gol penyamaan.
AKSI penyerang Chelsea, Diego Costa (kiri) ketika berdepan dengan pemain Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London, awal pagi ini. - Foto AP |
Chelsea kini sudah mengutip 49 mata daripada 21 perlawanan dengan City, 47.
Pasukan tangga kelapan, Liverpool makin mendekati kelompok empat terakhir dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sunderland hasil jaringan Lazar Markovic di Stadium of Light. - AFP
Keputusan Liga Perdana Inggeris
Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris, malam ini
SUNDERLAND...............0 LIVERPOOL...........1
Liverpool (Lazar Markovic, m-9)
BURNLEY......................2 QPR.......................1
Burnley (Arfield m-12, Ings 37)′ .
Queens Park Rangers (Austin m-33, pen)
KAPTEN Chelsea, John Terry (dua dari kanan) berkata sesuatu dengan pengadil, Roger East ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris bertemu Newcastle United di Stamford Bridge awal pagi ini. - Foto AP |
PEMAIN Chelsea, Eden Hazard (kiri) bersaing untuk mendapatkan bola daripada pemain Newcastle, Daryl Janmaat (tengah) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge awal pagi ini. - Foto EPA |
CHELSEA......................2 NEWCASTLE........0
Chelsea (Oscar m-43, Diego Costa m-59
EVERTON....................1 MAN CITY..............1
Everton (Naismith m-78), Man City (Fernandinho m-74)′
LEICESTER.................1 ASTON VILLA.........0
Leicester (Konchesky m-45)′
SWANSEA.................1 WEST HAM.............1
Swansea (Noble m-74, gs)
West Ham (Andy Carroll m-43)′
WEST BROM..............1 HULL CITY.............0
West Brom (Berahino m-78)′
′