Ong Kim Swee bakal menjadi head coach Sabah FA?

Kickbola.netOng Kim Swee bakal menjadi head coach Sabah FA?
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Ong Kim Swee jadi head coach Sabah?

Desas desus akhbar tempatan di Sabah melaporkan bahawa pengarah teknikal pasukan Sabah George O’Callaghan tiada lagi dalam senarai dari rancangan masa depan pasukan negeri dibawah bayu itu.

Kemudian hangat diperkatakan bekas jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee merupakan salah satu nama yang dikaitkan untuk menjadi pengganti George.

Namun demikian, Sabah FA setakat ini menafikan khabar angin itu, walaupun dikhabarkan Ong hadir pada perlawanan persahabatan menentang Sarawak Ahad lalu.

Sejujurnya admin tidak faham kenapa FAM seperti bertindak tidak professional dalam menangani masalah Datuk Ong KS...Apa salah kalau sudah tak nak dengan khidmat DOKS, lepaskan saja base on mutual understanding.


Memang benar DOKS masih mempunyai baki kontrak dengan FAM tapi dalam isu DOKS, FAM sepatutnya lepaskan beliau memandangkan DOKS pun ingin dilepaskan.

kenapa harus DOKS digantung tak bertali?

Memang kalau diikutkan mana2 pasukan harus menebus kontrak tersebut tapi sekarang ini DOKS seolah2 sudah tidak diperlukan lagi jadi adalah lebih professional jika kontrak tersebut ditamatkan atas dasar persetujuan bersama...FAM selamanya tak masuk dek akal.....

Pasukan berbelanja besar Sabah FA dikhabarkan bakal membuat rombakan dalam struktur pengurusan pasukan tersebut yang dikatakan agak belum mencapai standard yang diinginkan CEO Sabahrhinos Datuk Sri Panglima TC Goh untuk mencapai misi layak ke Liga Super 2016.

Goh di katakan amat komited kepada pasukan dan tidak kisah jika ada antara staff pengurusan atau jurulatih perlu dikorbankan sebelum sepak mula LP asalkan keharmonian sepasukan dapat dicapai...

Desas desus mengatakan Pengurus Pasukan, George O'Callaghan yang menjadi arkitek pembentukan pasukan Sabah tahun ini bakal menjadi korban pertama Liga M tahun ini...Sang Badak terbang ke Kuching, Sarawak Sabtu lepas diketuai oleh Justin Ganai tanpa pengurus pasukan tersebut...Walau bagaimanapun, Goh tidak nyatakan sebab kenapa George tidak dibawa ke Kuching...George juga agak sunyi dari menghiasi ruang surat khabar seperti biasa.

Mengikut info dari Group FB sabahrhinosdotcom, satu kejutan besar akan berlaku dalam masa 24 jam ini...apapun, admin respek habis dengan CEO Sabahrhinos ni yang mengenepikan isu budjet untuk kebaikan pasukan demi mencapai isi layak ke Liga Super tahun depan......

Berikut merupakan Sumber dalaman pasukan daripada saudara Sharin Said :

Sekarang sibuk cerita pasal OKS jadi head coach Sabah. 
Yang aku tau , yang aku dapat info OKS memang berminat melatih Sabah. 
Sabah top di list dia ini .. Dia ini backup plan kalau si george fail mid season. Ok soalnya sekarang betulkan OKS akan menjadi head coach pasukan SABAH? Masa pre season friendly , dia ada ke Sarawak. 
Ada yang nampak dia berbual bual sama top official Sabah. OKS sekarang single and available , Sabah no problem bayar gajinya mau b ayar pampasan sama FAM pun tiada masalah itu. Jadi apa masalah sekrang ? 
Sabah perlu penganti George yang bakal di pecat, atau di biar saja jadi toothless manager / technical director. 
Aku rasa its a matter of time saja ini. Tinggal cerita pasal kontrak saja ini , tinggal sign kontrak saja ini. 
OKS will be Sabah next head coach. Aku rasa OKS tidak datang bersendirian. Dia akan bawa coach coach yang lain sekali ini , assistant coach, goalkeeper coach. 
Siapa ada di airport ? Silap ada sudah OKS di Sabah ....


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.