Anak lelaki saya Cristiano Jr meminati Lionel Messi - Ronaldo

Anak lelaki Cristiano Ronaldo, Cris junior adalah peminat Lionel Messi, kata pemain Terbaik Dunia tiga kali itu selepas kedua-duanya bertemu pada majlis anugerah FIFA Ballon D'Or di Zurich.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Anak lelaki saya Cristiano Jr meminati Lionel Messi - Ronaldo

Anak lelaki saya meminati Messi - Ronaldo

Anak lelaki Cristiano Ronaldo, Cris junior adalah peminat Lionel Messi, kata pemain Terbaik Dunia tiga kali itu selepas kedua-duanya bertemu pada majlis anugerah FIFA Ballon D'Or di Zurich.

Picture
PENYERANG Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo *(kanan) memeluk anaknya, Cristiano Jr selepas memenangi anugerah FIFA Ballon D'or . - Foto EPA

Selepas Ronaldo menamakan pemenang anugerah Ballon D'Or 2014 dan menewaskan pemenang empat kali dari Argentina, Messi, kedua-dua pemain bertemu di lobi hotel di Kongresshaus sebelum Cris menunjuk ke arah Messi dan kemudian berdiri untuk menyambutnya.

Picture

Kapten Real Madrid dan Portugal itu memberitahu Messi: "Dia (Cris) menonton semua video berkaitan kita dan dia bercakap mengenai kamu," kata Ronaldo dan mendapat reaksi malu-malu daripada anaknya.

Kapten Barcelona itu kemudian tersenyum dan bertanya kepada anak Ronaldo bagaimana keadaan dirinya.

"Kamu sekarang merasa malu!" kata Ronaldo sambil ketawa.

Ronaldo memenangi gelaran ketiga Ballon D'Or dan kedua berturut-turut dengan Messi memenangi anugerah sama sebanyak empat kali berturut-turut bermula pada tahun 2008. - Reuters



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.