Seorang bekas pegawai kerajaan di Mexico City, bandar di mana Ronaldinho beraksi menggelarkan bintang Brazil itu sebagai 'monyet.'
Komen yang dibuat Carlos Manuel Trevino Nunez, yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Pembangunan Sosial di Queretaro, dipaparkan dalam laman sosial Facebook."Serius saya cuba untuk bertolak ansur," tulis Trevino. "Namun saya bencikan bola sepak dan fenomena bodoh yang dihasilkan.
"Saya bertambah benci kerana ramai orang membanjiri jalanraya dan memerlukan dua jam untuk pulang ke rumah.
"Namun ia masih monyet Brazil."
Dalam kenyataan dikeluarkan kelab itu berkata; "Perkauman, xenophobia (fobia terhadap orang asing)... dan apa saja diskriminasi yang diamalkan adalah bentuk keganasan yang sepatutnya dihapuskan daripada masyarakat."
Kelab itu juga sudah meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.