Stadium Johor Darul Takzim JDT bertaraf dunia


Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa memuji kemudahan yang terdapat di gelanggang pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin. - "Stadium JDT bertaraf dunia"

Annuar bersama beberapa wakil yang baru sahaja membuat kunjungan ke sana selepas menerima jemputan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, aspek kemudahaan dan penjagaan di stadium tersebut wajar dicontohi pasukan lain.

"Kemudahan di stadium JDT dan pusat latihan mereka adalah bertaraf dunia..Syabas... Permukaan padang yang cantik dan kemudahan yang baik walaupun stadium lama. Semua boleh kita contohi. Malah mereka mempunyai 'groundsman' atau penjaga padang profesional.









"Padang dijaga seperti mana kelab bola Eropah menjaganya. Usah kita nafikan apa yang baik. Apa yang sudah di buat di Johor boleh nantinya disusuli negeri lain pula insyallah," katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, Annuar turut menyentuh mengenai Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-50 yang dijadual berlangsung pada 25 Mei ini.

Beliau berkata:"Setelah mendengar visi TMJ saya merasakan semua calon Presiden FAM patut menyatakan dengan jelas kepada semua visi mereka dan biar delegates buat penilaian.

"Media pula tak perlu mensensasikan secara berlebihan, pakatan lah, berapa sokong anu, siapa backing siapa dan lain-lain, biarlah kita terbuka dan tiada prejudis," tambahnya.

Tunku Ismail dan timbalan presiden FAM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultah Ahmad Shah akan mencabar penyandang Presiden FAM Sultan Ahmad Shah bagi jawatan presiden.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.