Kenali pengadil bolasepak Wanita berhijab Chahida Chekkafi

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Kenali pengadil bolasepak Wanita berhijab Chahida Chekkafi.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Kenali pengadil bolasepak Wanita berhijab Chahida Chekkafi

#respect KEHADIRAN wanita cantik bernama Chahida Chekkafi dalam sebuah pertandingan bola sepak menarik perhatian orang ramai.

Menariknya, dia adalah pengadil di padang hijau yang tampil dengan balutan hijab atau tudung.

Chahida Chekkafi tinggal dan membesar di Itali. Gadis ini akrab dengan bola sepak kerana ibunya adalah pemain bola sepak di Maghribi.


Pada usia yang baru menginjak 16 tahun, perempuan yang berasal dari Maghribi sudah menjadi pengadil liga bola sepak Itali untuk pemain muda.

Prestasi itu menjadikan beliau sebagai pengadil bola sepak wanita pertama yang memakai hijab dan memimpin perlawanan bola sepak lelaki.

Dipetik Islam.ru, wajahnya kelihatan lemah lembut dan santun dalam balutan hijab, namun remaja cantik ini mempunyai ketegasan luar biasa di padang.

Kepada pemain yang bertindak kasar, beliau tidak mengeluarkan kad kuning dari poketnya atau mengusir dari permainan.


Dengan prestasi yang dicapai itu, akhbar Itali Corriere Della Sera menyiarkan wajah Chahida di muka depan.

Presiden Jawatankuasa Pengadil di Milan menyebut Chahida Chekkafi sebagai wanita yang mempunyai bakat dan tahu cara mewujudkan impiannya.


Kisah Chahida Chekkafi tentu jadi inspirasi kepada semua orang.

Dia boleh bekerja secara profesional tanpa meninggalkan perintah agama.

Justeru, yang pentingnya ialah setiap aktiviti atas muka dunia perlu berlandaskan agama, seterusnya menuju akhirat.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.