JDT bangkit Tewaskan Lion XII biarpun ketinggalan

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
JDT PAMER KEBANGKITAN HEBAT.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Lions XII 2-3 JDT

Biarpun ketinggalan 2-0 di awal permainan, namun ia tidak mematahkan semangat Johor Darul Takzim (JDT) untuk menewaskan Lions XII 3-2 dalam aksi tunggal Liga Super yang berlangsung di Stadium Jalan Besar.

Gol Lions hasil jaringan Faris Ramli di minit-38 menerusi sepakan deras dari arah tepi gawang dan kemudiannya jaringan Zulfahmi (m41) menerusi sepakan percuma, jelas meletakkan skuad itu dalam keadaan selesa. Bagaimana kelekaan barisan pemainnya nyata dihukum apabila gawang mereka dibolosi satu demi satu.



JDT yang enggan berputus asa terus mengasak sehingga Jorge Pereyra Diaz menghasilkan gol pertama di minit 43, setelah pemain import baharu itu berjaya mengelirukan dua pertahanan Lions.

Bersambung babak kedua, perlawanan agak seimbang namun serangan JDT dilihat lebih tajam. Tuah memihak kepada JDT di minit ke-54 apabila mereka dihadiahkan penalti selepas pengadil menyalahkan bola terkena tangan Afiq Yunus di dalam kotak penalti Lions dan pemain itu turut dilayangkan kad kuning.


Luciano Figueroa yang mengambil sepakan penalti tersebut nyaris-nyaris berputih mata apabila hanya menyudahkan jaringan hasil bola muntah selepas ditepis penjaga gol lawan, Izwan Mahbud.

Kedudukan yang terikat 2-2 menjadi menyuntik semangat JDT untuk mencari gol kemenangan, dan ia muncul di minit ke-75 apabila Diaz bijak melencongkan bola ke sebelah kiri gawang untuk menewaskan Izwan, sekaligus melengkapkan kedudukan 3-2.

Dengan kemenangan tersebut, ia melonjakkan skuad JDT untuk berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul 29 mata, berkongsi mata dengan Pahang. Manakala Selangor berada di kedudukan teratas dengan mengumpul 34 mata.

Perlawanan antara JDT menentang Lions turut melengkapkan 16 perlawanan Liga Super bagi 12 pasukan yang bertanding.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.