Highlight Video HD Perlawanan Man Utd dan Man City 05-04-2014

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Mata suntik semangat Devils

Newcastle: Juan Mata menyumbat dua gol bagi membantu United membelasah Newcastle 4-0 di St James Park, pada 05-04-2014.

David Moyes melakukan beberapa pertukaran dengan barisan yang seri 1-1 ketika menentang Bayern Munich dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Old Trafford Rabu lalu apabila merehatkan penjaga gol David de Gea, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic.

Jaringan pertama pemain Sepanyol itu terhasil daripada sepakan percuma yang melencong masuk dan lima minit selepas rehat, Mata menggegar gawang tuan rumah sekali lagi bagi menjadikan kedudukan 2-0.


Javier Hernandez dan Adnan Januzaj melengkapkan kemenangan dengan gol ketiga serta keempat.

Sementara itu, jiran ‘bising’ mereka, Manchester City terus menambah tekanan kepada pendahulu Liverpool dengan kemenangan 4-1 ke atas Southampton di laman sendiri.

Lengkap kemenangan

Kemenangan itu menyaksikan City merapatkan jurang kepada hanya satu mata di belakang The Reds dengan satu perlawanan di tangan, dan memintas Chelsea di tangga kedua buat seketika.
Namun The Blues yang bermain lebih satu perlawanan berbanding City berpeluang kembali ke kedudukan teratas sekiranya menewaskan Stoke di Stamford Bridge pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi. Liverpool pula akan berkunjung ke West Ham, hari ini.

Empat gol awal di Eastlands hadir pada babak pertama dengan Yaya Toure dan Rickie Lambert masing-masing menyempurnakan sepakan penalti untuk City dan Southampton, disusuli Samir Nasri dan Edin Dzeko yang menjadikan kedudukan 3-1 buat tuan rumah sebelum rehat.

Pemain gantian City, Stevan Jovetic melengkapkan kemenangan buat skuad kendalian Manuel Pellegrini sembilan minit sebelum tamat.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.