Rozaimi Abd Rahman masih setia untuk Sabah FA

Rozaimi Abd Rahman masih setia untuk Sabah FA

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



DI SEBALIK tawaran daripada beberapa pasukan lain, Rozaimi Abd Rahman mendedahkan hatinya masih kuat untuk menabur bakti bersama skuad Sabah malah bertekad membantu pasukan kembali ke Liga Super musim depan.

Penyerang berusia 22 tahun yang berasal dari Bongawan itu, berkata beberapa pasukan negeri dan kelab terkemuka termasuk Johor Darul Takzim (JDT) serta Selangor pernah cuba ‘memancingnya’ namun ditolak kerana masih mempunyai kontrak dengan Sabah selain semangat tingginya untuk kembali beraksi bersama pasukan negeri kelahirannya.

Picture

“Beberapa pasukan lain sebelum ini pernah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat saya, namun hati saya masih kuat untuk beraksi bersama Sabah. “Saya gembira kembali kepada pasukan (Sabah) dan saya juga akan gunakan segala pengalaman beraksi bersama Harimau Muda A di peringkat antarabangsa untuk membantu pasukan musim ini,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Rozami berkata, beliau senang sekali bekerja dengan jurulatih baru pasukan, Milomir Seslija, serta rakan sepasukan lain walaupun strategi sedikit berbeza dengan pasukan lamanya sebelum ini. “Saya tidak menghadapi sebarang masalah dengan apa yang diajar oleh ‘coach’ (Milomir) dan saya rasa rakan sepasukan lain juga begitu.

“Semua pemain mempunyai ‘target’ masing-masing, namun kami tetap bekerja sebagai satu pasukan dan inilah yang saya lihat sebagai kelebihan kepada kami,” katanya. Sementara itu, beliau berkata dia lebih senang bermain di posisi penyerang sokongan atau ‘back up striker’ namun, tegasnya, ia terpulang kepada arahan jurulatih.

“Ia terpulang kepada situasi permainan, kadang-kadang ‘coach’ arahkan saya bermain sebagai penyerang dan kadang-kadang juga sebagai ‘back up striker’. “Walau apa pun arahan ‘coach’, saya berjanji akan melakukan yang terbaik demi pasukan,” katanya.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.