FAM sedang menunggu keputusan Philippe Troussier untuk mengendalikan Harimau Malaya

FAM sedang menunggu keputusan Philippe Troussier untuk mengendalikan Harimau Malaya

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Semuanya kini bergantung kepada kesediaan Philippe Troussier sama ada mahu menerima tawaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas badan induk bola tanah air itu bersedia berbelanja besar bagi mendapatkan khidmat jurulatih Perancis itu.

Dalam satu pertemuan dengan wakil FAM di Singapura pada November lalu, Troussier menyatakan minat untuk mengambil alih tugas ketua jurulatih kebangsaan serta mengemukakan beberapa program bagi membantu memantapkan semula Harimau Malaya.

Menurut sumber dalaman FAM, tiada pertemuan di antara Presiden FAM Sultan Ahmad Shah dengan bekas jurulatih skuad Piala Dunia Jepun 2002 itu di London baru-baru ini namun Troussier sememangnya calon utama bagi menggantikan Datuk K Rajagobal yang tamat kontrak pada 31 Disember lalu.

“Tiada sebarang perbincangan antara Tuanku Presiden dan Troussier di London seperti dilaporkan sebelum ini. Pertemuan wakil FAM dengan Troussier sudah diadakan di Singapura kira-kira dua bulan lalu dan daripada pertemuan itu sememangnya beliau menyatakan minat untuk membimbing skuad kebangsaan.

“Dalam mesyuarat FAM sebelum ini, Tuanku Presiden dan juga ahli Exco sudah bersetuju untuk melantik Troussier dan tiada nama lain dibangkitkan selain namanya dalam mesyuarat itu. Sekarang FAM kena berusaha untuk mendapatkan Troussier kerana kemungkinan beliau juga mendapat tawaran daripada Tunisia,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.