Berikutan kecederaan Minor Rozaimi Abd Rahman direhatkan
PENYERANG Rozaimi Abd Rahman masih direhatkan daripada sesi latihan pasukan, yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.
Ia berikutan kecederaan hamstring yang dialaminya ketika menjalani latihan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, petang Jumaat lalu.
WALAUPUN direhatkan, Rozaimi sekali sekala turut melakukan latihan ringan di tepi padang.
Rozaimi bagaimanapun turut bersama dengan pasukan sewaktu sesi latihan petang tadi, walaupun hanya menjadi pemerhati dari tepi padang.
Ketua Jurulatih, Milomir Seslija, sebelum ini memberitahu, kecederaan dialami penyerang berusia 22 tahun itu tidak serius serta tidak menjejaskan persiapannya menghadapi musim baru ini.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.