Bekas kapten LionXII, Shahril Ishak menjadi ketua pasukan JDT II, manakala See Kok Luen diangkat menjadi pembantu ketua pasukan.
Jurulatih JDT II, Azmi Mohamad ketika dihubungi berkata kedua2 pemain mempunyai pengalaman luas dan diyakini boleh memimpin pemain muda skuad berkenaan. Beliau juga berpuashati dengan keputusan perlawanan persahabatan menentang ATM walaupun tewas 1-2.
Katanya, Perlawanan malam tadi berjalan sengit dan pemain2 dapat menimba pengalaman dalam perlawanan yg kompetetif sebegini. Walaubagaimanapun, beliau masih belum dapat menurunkan penyerang import dari Sepanyol, Braulio Nobrega kerana bimbang kecederaan.
"Pemain ini mungkin hanya akan diturunkan 10-15 minit pada perlawanan menentang Harimau Muda B, Isnin nanti di Padang Wisma FAM, sebelum diturunkan sepenuh masa dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang Pos Malaysia, 8 Januari nanti di Pasir Gudang,"katanya kepada majalah Harimau Selatan, sebentar tadi.
katanya lagi, beliau berterima kasih kepada penyokong Johor yang turut memberikan sokongan kepada pasukan bimbingannya.