Arsene Wenger cabar pasukannya tutup mulut pengkritik dan kuasai Liga Perdana Inggeris

Picture
Arsenal telah jawab kritikan, kata Wenger | Astro Awani
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Arsene Wenger cabar pasukannya tutup mulut pengkritik dan kuasai Liga Perdana Inggeris


Arsene Wenger mencabar pasukannya, Arsenal menutup segala kritikan dengan memenangi perlawanan menentang Newcastle, hari ini untuk menamatkan saingan tahun ini sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Kemarau trofi sejak 2005, aksi musim ini meletakkan The Gunners pada aksi terbaik dan kembali merampas kedudukan teratas daripada Liverpool hasil kemenangan 3-1 ke atas West Ham, selepas dimalukan kekalahan 6-3 kepada Manchester City, baru-baru ini.

Tetapi Wenger percaya kebangkitan dipamerkan ketika menentang West Ham menjadi bukti betapa Arsenal sudah memiliki segala ramuan untuk memenangi gelaran liga kali pertama sejak kali terakhir muncul juara pada 2004.

Kekal di atas

“Perlawanan seperti itu mungkin memberi banyak persoalan kepada orang di luar terutama jika kami tidak menang, apa lagi jika kami kalah,” katanya. “Kini, kami memiliki perlawanan bagus menentang Newcastle dan begitu yakin menghadapi satu lagi ujian.

“Tumpuan kami sekarang adalah untuk terus kekal di atas,” katanya yang mengakui skuadnya mampu menghadirkan gerun walaupun kehilangan Laurent Koscielny yang mengalami kecederaan lutut.

Bagaimanapun pengurus Newcastle, Alan Pardew juga yakin pemainnya mampu mengekalkan rekod mengagumkan ketika berdepan pasukan di kelompok atasan termasuk kejayaan ke atas Chelsea, Tottenham Hotspurs dan Manchester United di Old Trafford.


“Mengalahkan Spurs, Chelsea dan Manchester United menjelaskan sesuatu mengenai pasukan saya. Tidak ada banyak kerisauan ketika kami berdepan dengan pasukan hebat. Kami sedang berusaha dan memiliki kekuatan untuk menghadapi Arsenal,” katanya.”

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.