Kota Kinabalu: Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) menandatangani penyerang dari Syria, Marwan Sayedeh sebagai pemain import ke-4 skuad Sabah untuk saingan Liga Perdana musim 2014 pada hari terakhir pendaftaran pemain import pada Selasa lalu.
Penyerang berusia 30 tahun itu tiba pada malam Isnin dan menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak bersama pasukan Sabah.Marwan adalah salah seorang daripada pemain import yang telah diuji oleh jurulatih, Seslija Milomir semasa lawatan pra musim di Indonesia yang mana Marwan telah berjaya menarik perhatian Milomir.
Marwan menjaringkan satu gol menerusi sepakan penalti ketika Sabah menewaskan Metro FC 3-0 dalam perlawanan pertama pra musim di Indonesia.
Sebagai rekod, musim lalu beliau bermain untuk pasukan Pelita Bandung Raya di liga ISL (Indonesia) dan menjaringkan 9 gol.
Kedatangan Marwan pastinya akan memberikan Milomir lebih banyak pilihan di bahagia serangan selepas seorang lagi penyerang import,
Altin Grbovic dilihat kurang menyerlah dalam beberapa aksi pra musim sebelum ini.
Pasukan Sabah yang baru kembali dari lawatan pra musim di Indonesia Isnin lalu telah melakar dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan sepanjang 16 hari di sana.
Sumber:
Daily Express