Ole Gunnar Solskjaer pilihan kemudi Cardiff City

Ole Gunnar Solskjaer kini hangat diperkatakan bakal mengemudi Cardiff City ketika Malky Mackay bakal menamatkan tugas terakhir sebagai pengurus sebaik saja perlawanan terakhir menentang Liverpool, semalam.


Pemilik The Bluebirds, Tan Sri Vincent Tan dikatakan sudah berunding dengan Solskjaer - bekas bintang Manchester United yang turut menjadi sasaran West Brom yang menyingkirkan Steve Clarke, minggu lalu.

Mackay diberi peluang terakhir berdepan Liverpool dengan khidmatnya bakal ditamatkan selewat-lewatnya esok, selepas Vincent Tan mengarahkannya supaya meletak jawatan atau disingkirkan.

Solskjaer yang menguruskan Norwegian, kini mengetuai senarai pendek tiga calon berpotensi termasuk bos Blackpool, Paul Ince dan Dave Jones - bekas pengurus Cardiff selama enam tahun sebelum digantikan Mackay pada 2011.

Vincent Tan juga dikatakan sudah bertemu Jones, yang turut menjadi mangsa keadaan berikutan disingkirkan sebagai pengurus Sheffield Wednesday, awal bulan ini, manakala pengurusan tertinggi kelab lebih berminat mendapatkan Ince.

Jadi mangsa keadaan


Mirror Sport melaporkan, usahawan Malaysia itu mempersoalkan isu perpindahan pemain selepas kelab berbelanja melebihi bajet £15 juta (RM80.53 juta) pada musim panas lalu termasuk mendapatkan Gary Medel dari Sevilla dengan harga £11 juta (RM59.06 juta). 

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.