Hamidin nafi Philippe Troussier calon utama

Hamidin nafi Philippe Troussier calon utama

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menafikan laporan yang mendakwa bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier merupakan calon utama pengendali skuad Harimau Malaya.

"Saya nafikan (perkara ini)...Kalau ada nanti, kita akan umumkan. Malahan Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum ini pernah kata ada beberapa nama (sedang disenarai pendek).

"Kita tidak akan tergesa-gesa, sampai masa nanti, kita akan umumkan (jurulatih baharu skuad Harimau Malaya)," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media pengumuman senarai 20 pemain akhir skuad Harimau Muda A (bawah 23 tahun) ke Sukan SEA Myanmar, di sini, Khamis.

Laporan dalam beberapa media sosial hari ini mendakwa FAM sedang mengadakan rundingan dengan Troussier yang berjaya membawa Jepun sehingga pusingan kedua Piala Dunia 2002 untuk mengendalikan skuad Harimau Malaya dengan tawaran gaji yang sangat lumayan.

Jawatankuasa Eksekutif FAM yang bersidang pada 24 Nov lepas memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Rajagobal yang tamat pada 31 Dis ini selepas gagal mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu membantu skuad negara layak beraksi ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

Ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee dilantik selaku pengendali sementara skuad bola sepak kebangsaan bagi menghadapi Yemen pada perlawanan akhir kumpulan D kelayakan Piala Asia 2015, Mac depan.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata tidak timbul soal perlantikan jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu nanti bakal menggugat perancangan sementara Kim Swee untuk skuad berkenaan menghadapi Yemen.

"Di dalam kontrak (yang bakal ditandatangani jurulatih baharu) nanti, kita akan menyertakan semua perkara termasuk Petunjuk Prestasi Utama dan sebagainya yang perlu dicapai oleh jurulatih itu.

"Saya jangka dalam tempoh sebulan, dua ini, kita akan muktamadkan nama jurulatih(yang layak)," katanya sambil menambah perlantikan jurulatih skuad Harimau Malaya dan Pengarah Teknikal FAM yang baharu akan turut diumumkan kelak.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.