

KELIBAT Ribery mendapat perhatian beberapa kelab gergasi England dan Sepanyol.
Pada ketika ini, Ribery semakin menjadi perhatian untuk dipancing beberapa kelab utama England dan juga Sepanyol.
"Biarlah berapa harga yang ditawarkan mereka, keputusan akhir akan diputuskan oleh Bayern sendiri. Kami tidak akan menjual Ribery," kata pengerusi kelab tersebut, Karl-Heinz Rumme- nigge.
Sementara itu, pengurus besar Bayern, Uli Hoeness memberitahu, pihaknya akan sentiasa menjaga kebajikan para pemain mereka.
"Apabila saya dengar ada tawaran sehingga 125 juta euro (RM615.8 juta) untuk pemain Brazil, Kaka... jadi saya akan katakan nilai pasaran Ribery juga adalah sekurang-kurangnya 100 juta euro (RM492.7 juta).
"Tetapi saya tidak mahu menetapkan apa-apa harga kerana kami mahu kekal- kan Ribery," kata Hoeness.
Media di Britain telah melaporkan Chelsea sanggup mengeluarkan 50 juta euro (RM246.3 juta), manakala Manchester United sedia membayar 70 juta euro (RM344.9 juta) untuk mendapatkan bekas pemain Marseille itu.
Dua kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona juga dilaporkan menunjukkan minat serius untuk mendapatkan Ribery yang masih mempunyai kontrak bersama Bayern hingga 2011.