Barcelona melengkapkan musim terhebat mereka dengan keputusan seri 1-1 di Deportivo La Coruna ketika Atletico Madrid menewaskan Almeria 3-0 untuk meraih tempat terakhir ke Liga Juara-juara Eropah, musim depan.
Barcelona menang liga dengan rekod 87 mata daripada 38 aksi dan menyumbat 105 gol - dua kurang daripada rekod milik Real Madrid pada musim 1989-90.
Madrid di tempat kedua dengan 76 mata dan Sevilla ketiga hasil 67 mata - sama seperti jumlah dimiliki Atletico.
Diego Forlan mengesahkan trofi selaku penjaring terbanyak liga - dengan gol ke-32nya buat Atletico yang akan beraksi pada kancah utama Eropah buat dua musim berturut-turut dalam sejarah kelab itu.
Gol Sergio Aguero membolehkan Atletico mendahului pada minit ke-19 sebelum Raul Garcia menggandakan kelebihan pada minit ke-27 sebelum Forlan menjaminnya menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-50.
Villareal akan beraksi pada Liga Europa musim depan - kejohanan pengganti Piala UEFA - selepas menundukkan Mallorca 3-2. Valencia juga akan beraksi pada kejohanan sama selepas menang 2-0 ke atas Athletic Bilbao. - AP

