
Sabah FC 0 - 0 Penang FC


“Kalau ada VAR kemungkinan ada penalti untuk kita, tapi itu kita harus terima di mana pada saat-saat akhir VAR tidak dapat digunakan.
“Jadi, kemungkinan kali ini tidak membantu kita tetapi pada perlawanan akan datang mungkin dengan adanya VAR akan tambah baik dari segi keputusan untuk membantu pengadil,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Ketika aksi malam tadi, pemain Sabah FC mendakwa berlaku ‘handball’ di kawasan kotak penalti Pulau Pinang ketika perebutan di antara Saddil Ramdani dengan seorang pemain lawan pada minit ke-77.
Bagaimanapun, pengadil dipercayai tidak melihat situasi itu dan hanya memberikan Sabah sepakan sudut, manakala semakan VAR tidak dapat dibuat kerana tidak berfungsi.
Sistem VAR di Stadium Likas dilaporkan tidak dapat digunakan pada saat akhir menjelang sepak mula yang bermula pada jam 5.45 petang semalam disebabkan masalah teknikal.
Berikutan itu, Sabah terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Pulau Pinang apabila seri tanpa jaringan sehingga tamat perlawanan pada kira-kira jam 7.40 malam tadi.

“Secara keseluruhan, kita mengawal permainan dengan baik dan kita harus memperbaiki terutama dari aspek penyudah di mana banyak peluang yang kita cipta namun kita tidak dapat menjaringkan gol,” katanya.
Beliau juga mengakui bermain di tempat sendiri tanpa mendapat kemenangan pada perlawanan pertama memberi sedikit kesan pada permulaan musim.

Pada masa sama, Kim Swee turut mengakui ketiadaan pemain sayap, Miguel Angel Garrido Cifuentes atau Cifu pada aksi malam tadi turut memberi kesan kepada pasukan.
“Tentu kalau adanya Cifu, mungkin akan melancarkan sedikit tetapi secara keseluruhan apa yang dilakukan Telmo Castanheira, Stuart Wilkin dan semua pemain yang beraksi mereka mencuba untuk mendapatkan gol,” katanya.
SOURCE: Info X
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola