Pan Gon idam bawa Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Skuad Harimau Malaya bakal beraksi di Kejohanan Pestabola Merdeka.
( 📸 ©BERNAMA)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Kim Pan Gon mahu gelaran juara Pestabola Merdeka

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon.
(📸 ©BERNAMA)
Harimau Malaya akan berdepan pasukan di ranking ke-99 dunia, India dalam aksi pembukaan Pestabola Merdeka, Oktober ini.

Pada majlis undian yang berlangsung di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, Palestin yang menduduki ranking ke-96 dunia pula diundi menentang Lubnan (100) dengan pemenang perlawanan pembukaan akan bermain di pentas akhir.

Meskipun akan berdepan pasukan di ranking lebih tinggi, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon bagaimanapun percaya bahawa anak buahnya mampu untuk memberikan aksi terbaik dalam kejohanan ini.

Jurulatih dari Korea Selatan itu juga meletakkan sasaran untuk mara ke final dan menjulang trofi Pestabola Merdeka selepas kali terakhir kejohanan itu dianjurkan 10 tahun lalu.

"Semua tiga pasukan lain yang menyertai kejohanan ini berada di ranking lebih tinggi daripada kami termasuk juga India.

"Kami faham di mana kami berada, walaupun ranking kami sudah banyak meningkat tetapi masih di kedudukan ke-136 dan India ke-99.

"Kami memantau pasukan India yang mana mereka berada dalam momentum terbaik. Kami menghormati mereka dan saya kami akan buat analisis mengenai mereka untuk melakukan persiapan terbaik.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Naib Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawtaankuasa Pertandingan, Mohd Firdaus Mohamed ketika majlis undian di Wisma FAM, hari ini.
(📸 ©FAM)
"Walaupun kami ranking lebih bawah, tetapi kami akan memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri. Jadi kami harap semua penyokong Malaysia hadir ke stadium untuk memberi sokongan bagi kami mencapai sasaran ke final dan muncul juara," katanya kepada pemberita selepas proses undian semalam.

Untuk rekod Malaysia pernah 12 kali memenangi Pestabola Merdeka sejak ia diperkenalkan pada 1957 dan skuad bawah 23 tahun negara muncul juara pada kali terakhir kejohanan itu dianjurkan pada 2013.

Bagi edisi ke-42 ini, dua aksi pembukaan akan berlangsung pada 13 Oktober dan penentuan tempat ketiga serta aksi final dijadual pada 17 Oktober dengan semua aksi berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

SOURCE: BERITA HARIAN

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.