AFF U23: Latihan Berkelas Dunia Bantu Fergus Tierney Menyinar Bersama Malaysia
Kemasukan penyerang sensasi Malaysia, Fergus Tierney jelas memberi impak yang cukup besar untuk membantu skuad muda negara menewaskan Indonesia.Ketumpulan serangan pada babak pertama menyebabkan ketua jurulatih, E. Elavarasan membuat keputusan untuk memasukkan penyerang JDT ll ini.
Keputusan beliau sememangnya tepat apabila bintang kelahiran Malaysia-Scotland ini meledak dua gol pada perlawanan menentang Indonesia.
Pemain bertubuh sasa ini menjadi masalah besar buat pasukan bimbingan Shin Tae-yong untuk mengekang kemaraannya.
Fergus membuktikan bahawa latihan dan teknologi berkelas dunia di JDT telah membantunya untuk mencapai prestasi sebenar di atas padang.
Sungguhpun kurang beraksi musim ini, beliau tetap memperagakan aksi terbaik untuk terus menekan pertahanan lawan.
Gandingan trio JDT, Najmuddin Akmal dan Umar Hakeem jelas begitu serasi dengan sokongan daripada perancang kelahiran Malaysia-Arab Saudi, Aliff Izwan turut menyerlah.
Dua gol Fergus sudah cukup untuk memastikan bahawa Malaysia meraih 3 mata untuk berada pada kedudukan selesa ke pusingan berikutnya.
Beliau juga melabel kejayaan ini cukup bermakna buat Malaysia untuk memastikan kejohanan ini berlangsung dengan baik. Pemain berdarah Scotland, Fergus Tierney dirakam beraksi bersama JDT 2 dalam 1 perlawanan persabatan di antara JDT 2 menentang Petaling Jaya City pada 4 Februari 2022. Beliau memegang pasport British dan layak untuk menerima pasport Malaysia kerana sudah lama menetap di negara ini.
Baru berumur 20 tahun, Fergus Tierney mempunyai kelebihan fizikal dengan ketinggian 184 cm selain kekuatan stamina luar biasa.
Pemain berusia 20 tahun itu pernah berlatih bersama akademi bola sepak di Eropah dan Asia termasuk bersama Penang FC dan JDT 2.
Untuk makluman bapanya, Martin Tierney merupakan bekas pemain import Penang FC dan Geylang United di Singapore Premier League.
Saat Fergus Tierney beraksi di JDT, 2 Kakaknya Buru Lesen Jurulatih
Fergus Tierney nampaknya bukan satu-satunya ahli keluarganya yang terlibat dalam dunia bola sepak.Kini bermain bersama Johor Darul Ta’zim II di Piala MFL 2023, Tierney merupakan anak kepada bekas pemain bola sepak di kancah Liga Malaysia di era 90-an iaitu Martin Tierney. Malah, kedua-dua kakaknya juga aktif terlibat dalam bola sepak bersama akademi diuruskan bapa mereka.
Murron dan Grear Tierney dilihat sedang menyertai Kursus Kejurulatihan Lesen D anjuran Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) ketika ini.
Kursus tersebut telah berlangsung dari 2 hingga 7 Mei 2023 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang melibatkan 27 peserta.
@murron_t Repost bc tiktok removed the sound ðŸ˜
♬ dźwiÄ™k oryginalny - <3
Fergus Tierney, dilahirkan di Scotland namun bermastautin sejak kecil di Pulau Pinang.
Keluarga Tierney dikatakan sudah lama bermaustatin di Pulau Pinang sejak kembali ke Malaysia dan pernah memiliki gelanggang futsal berdekatan Gurney. Malah, bapanya mengendalikan sebuah akademi swasta, Soccer Experince FC yang turut disertai Tierney sejak dari usia mudanya.Keluarga mereka ketika ini menetap di Tanjong Tokong, Pulau Pinang.
Dari situlah beliau meraih pengalaman bermain bola sepak antarabangsa melalui perlawanan-perlawanan menentang akademi-akademi bola sepak antarabangsa yang lain di seluruh eropah antaranya skuad remaja Atletico Madrid, CA Osasuna Cantera, Levante, CD Tenerife dan Rangers FC.
Pendedahan awal di peringkat tertinggi turut menyaksikan pemain ini pernah diundang berlatih bersama akademi kelab Premier League seperti Sunderland dan Leicester City, selain kelab Scotland, Dundee FC.
Sebelum menyertai JDT, Tierney menyertai sesi latihan Penang pasca Covid-19 ketika di usia 18 tahun. Namun, ia hanyalah sekadar sesi latihan. Pada awal 2022, beliau akhirnya dikatakan menandatangani kontrak bersama JDT dan memenangi kejuaraan Liga Premier pada musim tersebut. Namun, hasil semakan data Malaysian Football League (MFL) musim 2022, tiada namanya tersenarai dan bermain bersama mereka.
Hanya musim ini di pentas Piala MFL, kelibat Tierney mula kelihatan.
Malah, beliau pantas mendapat perhatian pengendali skuad B-22 negara, E Elavarasan apabila dipanggil menyertai skuad Merlion Cup dan Sukan SEA.
Beliau mencipta satu gol di Merlion Cup ketika membenam Kemboja 4-2.
Atas prestasi baiknya, Elavarasan memanggilnya tampil di pentas Sukan SEA 2023 dan hampir meledak gol ketika mengatasi Laos 5-1.
Mungkin keserasiannya bersama rakan sepasukan memberikan kelebihan buat dirinya untuk dipilih bersama Harimau Muda. Beliau pernah berkata yang rakan-rakan sepasukan sangat mengalu-alukan dirinya ke dalam pasukan walaupun beliau baru sahaja menyertai skuad tersebut.
SOURCE: Makanbola.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola