
Arsenal laung amaran awal, julang Perisai Komuniti





Leandro Trossard bagaimanapun menafikannya dengan gol lewat untuk memaksa perlawanan diputuskan menerusi penentuan penalti dengan Arsenal akhirnya menang 4-1 tetapi ia jelas satu lagi persembahan mantap sekalipun hanya seketika daripada graduan akademi City itu.

Palmer adalah produk dalam pembikinan di bawah kendalian Pep Guardiola dan berharap untuk meningkat seperti seorang lagi bekas pemain akademi Phil Foden.
"Kecewa untuk melepaskan gol pada minit-minit terakhir. Tetapi kami perlu bangkit dan meneruskan perjuangan," katanya yang masuk menggantikan penyerang utama Erling Haaland pada minit ke-64 sebelum meledak gol cantik tujuh minit kemudian.
Sepakan lencong kaki kiri dari sebelah kanan penjuru kotak penalti memperdaya Aaron Ramsdale di pintu gol Arsenal bagi membolehkan pasukan Guardiola mendahului.

"Kami akan lihat apa perancangannya bagi musim depan. Harapnya saya boleh bermain sebanyak perlawanan mungkin. Saya berasa masih cergas daripada tugasan bersama England, final (Kejohanan B-21 Eropah) baru-baru ini.
"Harapnya kami boleh menang Treble sekali lagi tetapi ia pasti satu tugas sukar. Semua pemain bekerja keras dalam latihan," katanya.
Palmer seorang pemain tempatan dari Wythenshawe, Manchester. Dia menyertai akademi City sejak peringkat B-8 lagi tetapi dijemput memulakan latihan bersama skuad utama sejak Jun 2020.
Brighton berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan musim panas kali ini selepas dia membantu England menjuarai Euro B-21 di Georgia.



SOURCE: Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola