Alto dedah ada terima beberapa tawaran kelab lain

Alto dedah ada terima beberapa tawaran kelab lain

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Alto Linus terima beberapa tawaran namun enggan dedah untuk hormati privasi kelab

PEMAN versatil Sabah FC, Alto Linus mendedahkan ada menerima beberapa tawaran secara lisan dari beberapa kelab lain namun enggan mendedahkannya kerana menghormati privasi kelab tersebut.

Picture
Jelasnya, buat masa ini, tiada sebarang kontrak dari Sabah FC yang ditawarkan buatnya meskipun jiwanya masih kuat untuk beraksi di bumi kelahirannya sendiri.

“Saya ada menerima beberapa tawaran secara lisan tetapi saya pun menunggu secara rasmi dari pengurusan.

“Tetapi kalau bagi saya , saya lebih utamakan berada di Sabah tetapi masih tidak menerima sebarang kontrak lanjutan dari Sabah,” katanya ketika dihubungi FLASH SUKAN.

Uniknya, pemain ini mampu beraksi hampir di setiap posisi bagi pasukan yang diwakilinya.

Di usia 37 tahun ini, Alto menjelaskan kunci rahsia masih cergas adalah disebabkan latihan kendiri yang dibuatnya sendiri di setiap posisi berbeza.

Selain itu, dia berkongsi bahawa perlunya kepada melakukan sedikit paksaan terhadap diri sendiri untuk tidak terlalu mengikut apabila mental sudah lemah dan seolah-olah tidak mampu meneruskan latihan.

Picture
Kekerapan memaksa diri melakukan lebih dari pemain lainlah yang menyebabkan dia masih mampu kekal cergas seperti pemain muda yang lain.

“Saya tetap sama dengan karakter dan cara saya. Saya akan sentiasa berusaha dan berikan seratus peratus dalam setiap latihan yang saya jalani. Saya juga suka mencuri sedikit perkara unik dari setiap pemain berkaliber.

“Saya jenis cepat belajar, kalau dulu saya main sebagai penyerang tapi jurulatih nampak saya boleh bermain di ke semua posisi.

“Kalau tiada latihan pun, saya akan turun berlatih sendiri. Saya memang selalu membuat latihan yang lebih di setiap posisi. Paling penting sekali adalah saya menjaga kecergasan. Mahu bermain di semua posisi, kecergasan kena tip top.

Picture
“Pada mulanya sahaja, kita akan fikir boleh atau tidak. Boleh atau tidak , tetapi kalau kita paksa, perkara itu akan hilang dan kita mula menikmati sesi latihan,” ujarnya.

Bercerita tentang idolanya, dia tampil mendedahkan Amri Yahyah merupakan idolanya kerana sikap serta disiplin terpuji yang dimiliki pemain tersebut.

Bahkan, Amri turut mampu beraksi sepertinya di pelbagai posisi, maka ia dijadikan sandaran paling berharga buatnya ketika beraksi dalam pasukan yang disertainya.

“Kalau panduan selalu , saya suka Amri Yahyah. Waktu Amri hadir ke sini, saya nampak karakter dan sikap serta disiplinnya. Saya pilih Amri Yahyah. Lagi pun dia juga boleh bermain di pelbagai posisi. Amri umpama role model bukan sahaja di Sabah bahkan satu Malaysia,” jelasnya.

SOURCE: Flash Sukan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.