Sabah FC berminat mendapatkan khidmat Nicholas Swirad

Kickbola.net Pemain Kelahiran Manchester di intai Sabah FC

Sabah FC berminat mendapatkan khidmat Nicholas Swirad

Sabah FC berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berdarah campuran Malaysia-England iaitu Nicholas Swirad selepas beliau tidak dapat beraksi di saingan Thai League 1 bersama Nongbua Pitchaya FC disebabkan isu kaps antarabangsa.

P
emain pertahanan negara yang beraksi dalam saingan Liga Thailand, Nick Swirad terpaksa meninggalkan kelabnya, Nongbua Pitchaya meskipun baru menandatangani kontrak lanjutan.

Selepas Tandatangani Kontrak Lanjutan, Nick Swirad Tinggalkan Nongbua Pitchaya

Menurut penjelasan Swirad di laman media sosial Instagram miliknya, beliau terpaksa meninggalkan Nongbua kerana tidak mempunyai penampilan bersama skuad kebangsaan yang cukup untuk beraksi di saingan divisyen pertama.

Perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam pula pemain luar negara difahamkan perlu mempunyai penampilan bersama skuad kebangsaan sebanyak tiga kali bagi membolehkan mereka untuk beraksi dalam saingan Thai League 1.

Nick Swirad pula pernah dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan pada 2019 namun beliau tidak membuat sebarang penampilan ekoran mengalami kecederaan ketika itu.

Kickbola.net Pemain kelahiran Manchester itu menyertai Nongbua pada jendela perpindahan kedua musim 2020/2021 setelah dilepaskan oleh Selangor.
Bersama Nongbua, Swirad membantu kelab itu muncul juara saingan Thai League 2 sekaligus mendapat tempat untuk beraksi di saingan Thai League 1 musim hadapan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.