Sabah 'digari' PDRM 1-3 di Likas

Kickbola.net Semangat Juang Sabah FA kian malap. Pengendali Sabah, Jelius Ating, kecewa .
Tiwas Gink Selamat Datang Ke Liga FAM 2018!

PDRM 'gari' Sabah di Likas

KOTA KINABALU: Sabah gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 1-3 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Likas, di sini, malam ini.

Tuan rumah terlebih dulu memiliki peluang menerusi Leopold Alfonso Otong pada minit ke-10, namun rembatannya di dalam kotak penalti hanya singgah di tiang gol sebelah kiri PDRM.

Lima minit kemudian, PDRM berjaya mendahului Sabah hasil tandukan ketua pasukan, Muhammad Safuwan Baharudin.

Maxsius Musa hampir menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-24, tetapi percubaannya selepas mendapat hantaran daripada Rahman Shah Marajeh terkena palang gol lawan.

Pada minit ke-32, PDRM menambah jaringan menerusi sepakan penalti Dao Bakary selepas Safuwan dikasari penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim di dalam kotak penalti.

Gol yang dicari tuan rumah akhirnya tiba pada minit ke-38 menerusi sepakan percuma pemain import dari Jepun, Masaya Jitzono, kira-kira 30 meter dari luar kotak penalti yang terus menewaskan penjaga gol PDRM, Muhammad Hamdan Sairi dan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

Pada separuh masa kedua, PDRM berjaya menjarakkan kedudukan pada minit ke-67 hasil tandukan cantik Shahurain Abu Samah selepas mendapat hantaran lintang Mohd Fauzi Abd Majid bagi menjadikan kedudukan 3-1.

Hajat Sabah merapatkan jurang gol tambah sukar apabila penyerangnya Rahman Shah Marajeh dilayangkan kad merah selepas mengasari pertahanan lawan pada minit ke-89 dan kedudukan 3-1 kekal sehingga pengadil Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim meniupkan wisel penamat.

PEMAIN Sabah, Leopold Alfonso Otong dan Maxius Musa dikepung pemain PDRM pada aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini. - Foto Lano Lan

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.