Pemilihan Sabah selaku lokasi pertama Mesyuarat Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat membuktikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim amat menyanjungi bakat pemain berasal dari Negeri Di Bawah Bayu itu.
Menyingkap sejarah kehebatan pasukan kebangsaan pada era 70-an dan 80-an, ternyata kebanyakan penggempur negara datangnya dari Sabah yang memiliki kualiti dan kepantasan baik dalam aspek permainan bola sepak.Sebut saja nama seperti James Wong, Hassan Sani dan Matlan Marjan pasti aksi mereka diingati khususnya penyokong tempatan yang percaya lebih ramai bakat pemain dari negeri itu mampu dicungkil dan diketengahkan.
Menurut Naib Presiden baru FAM, Mohd Joehari Mohd Ayub, penghormatan yang diberikan Presiden baru buat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) itu amat dihargai kerana ia menunjukkan Tunku Ismail memandang serius terhadap bakat dari Sabah dan juga Sarawak.
“Saya amat terharu dengan kepercayaan diberikan Tunku Ismail apabila memilih Sabah sebagai tempat pertama untuk diadakan Mesyuarat Exco di sana nanti.
NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu, Mohd Joehari Mohd Ayub menganggap tindakan Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengadakan mesyuarat Exco pertama di Sabah sebagai penghormatan terhadap negeri itu dan Sarawak.
Naib presiden Keempat Persatuan Bola Sepak Sabah itu turut berbangga kerana tindakan berkenaan menunjukkan presiden memandang serius terhadap semua gabungan di bawah badan induk tersebut.
“Ia bukan sekadar mesyuarat semata-mata, tapi Tunku Ismail juga akan meninjau semua kemudahan yang ada selain mendengar masalah yang mungkin timbul dan juga melihat program dibuat SAFA sebelum ini,” katanya.