Stadium Larkin Bakal Berwajah Baru tahun 2015

Kickbola.net
Stadium Larkin Bakal Berwajah Baru
Stadium Larkin Bakal Berwajah Baru tahun baharu 2015

Stadium yang menjadi kesayangan rakyat Johor dan penyokong2 JDT ini sedang menjalani fasa akhir transformasi dengan pemasangan lampu limpah dan pagar yang sudah dipotong untuk keselesaan para penonton.

Stadium ini juga bakal menyaksikan kewujudan Marshall yang pertama di Malaysia bagi saingan Liga Malaysia tidak lama lagi yang ditugaskan untuk mengawal situasi di dalam stadium.

Stadium Larkin merupakan kubu kuat JDT kerana tidak pernah mengalami sebarang kekalahan sepanjang saingan Liga Malaysia musim lepas.

Aura stadium tersebut serta sorakan padu penyokong2 JDT yang diterajui B.O.S dikatakan faktor kepada kekebalan pasukan JDT di Larkin.

Stadium kebanggaan rakyat Johor dan penyokong2 JDT , Stadium Larkin sudah hampir siap sepenuhnya setelah giat menjalani kerja2 naiktaraf sejak musim 2014 berakhir bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2015.


Pelbagai perubahan dilakukan oleh PBNJ antaranya pemasangan lampu limpah , pemotongan pagar di kawasan penyokong serta penambahbaikan fasiliti2 dalaman dan luaran stadium bagi menjamin keselesaan pasukan dan penyokong2 yang hadir.

Jaring gol juga turut dikait dengan warna merah dan biru iaitu warna rasmi pasukan JDT.

Stadium Larkin mencatatkan rekod cemerlang untuk skuad JDT kerana mengharungi 19 perlawanan rasmi tanpa kalah sejam Disember tahun 2013 dalam saingan Liga Malaysia di stadium tersebut.

.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.