FAM beri hak penyiaran Liga-M kepada MP & Silva

Kickbola.net Penswastaan Liga 2016 - Pasukan Liga M 2015 | Football Association of Malaysia signs a long-term agreement with @MPSworldwide #GlobalAdvisor

FAM beri hak penyiaran Liga-M kepada MP & Silva

Adalah dimaklumkan bahawa MP & Silva membuat keputusan untuk memberikan hak penyiaran Liga M kepada RTM, Astro serta Media Prima.

I
ni bermakna para peminat tempatan berpeluang menyaksikan semua perlawanan liga M melalui saluran TV1, TV3, NTV7, TV8, TV9, AL-Hijrah, Astro Arena, Astro Super Sports, Astro Fox Sports.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik MP & Silva sebagai rakan kerja di bawah Football Malaysia LLP untuk menguruskan segala hal berkaitan Liga Malaysia (Liga-M).

Dikhabarkan syarikat MP & Silva telah memenangi hak penyiaran Liga M. Penajaan sebanyak RM 1.26 BILLION!!! (84 JUTA Setahun). Hak penyiaran selama 15 TAHUN!!!!.

Perjanjian di antara kedua-dua pihak berkenaan akan dilakukan pada 23 Januari ini dan FAM dijanjikan RM1.26 bilion untuk tempoh 15 tahun.

"Seeloknya ahli gabungan menerimanya kerana kita berusaha untuk mencari duit kepada mereka dan itu yang sentiasa menjadi keutamaan," kata Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, hari ini.

MP & Silva setakat ini telah memenangi hak siaran Liga M untuk 15 tahun. Mereka masih belum memutuskan stesen mana yang diberi kelulusan air time.. Kemungkinan besar milik Astro kerana mengikut laman web MP & Silva, Astro adalah antara client mereka.

Presiden FAM , Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO FAM di Ibu Pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu penajaan Liga Malaysia. - Foto Osman Adnan
Ada beberapa syarikat penyiaran dari luar sedang "beratur" untuk membeli hak siaran liga M selepas Liga M diswastakan tahun depan. Ini bermakna Liga M berpotensi di siarkan di beberapa negara asia dan eropah dan seterusnya menaiktaraf liga M menjadi antara yg terbaik di Asia.
Mengalu - alukan kehadiran MP & Silva selaku pengendali Liga Malaysia mulai musim 2016.

Ini bermakna selepas ini Liga Malaysia akan dikendalikan sepenuhnya oleh sebuah badan swasta professional. Tetapi ada laporan media yang mengatakan MP & Silva mendapak hak siaran. Saya rasa itu satu kekeliruan. MP & Silva sepatutnya bertanggungjawab utk melantik media mana yang diberi hak siaran, bagaimana penyiarannya, apa bayarannya kerana objektif pengendali liga ialah memastikan keuntungan pemegang saham atau rakan kongsi. Ini satu langkah positif kearah memajukan liga.

Selepas ini FAM selaku badan otoriti bolasepak negara wajar memutuskan format liga bagi musim hadapan dan jumlah pasukan dlm format baru. Dalam masa sama, FAM perlu melesenkan semua pasukan yang terlibat dalam Liga Professional dibawah kendalian MP & Silva. Hanya kelab yang memenuhi segala syarat tertentu sahaja layak diberikan lesen dan bermain dalam liga baru nanti.

Kelab berlesen juga layak diberikan saham liga dan turut mendapat 30% keuntungan yang dijanjikan MP & Silva termasuk hak siaran TV, penajaan serta merchandising. Ini akan membantu kewangan kelab seperti mana berlaku dlm liga-liga professional di barat malah Liga Indonesia juga amalkan perkara yang serupa. Untuk itu, FA2 negeri sudah tidak lagi layak bermain dlm liga professional dan digantikan dgn Football Club atau F.C yang sepenuhnya bersumberkan dari penaja, merchandising, tv rights serta saham dalam liga.

Apabila kelab-kelab telah dilesenkan maka segala hukuman jika dijatuhkan tidak lagi semata-mata bersandar kepada denda wang seperti sekarang ini. Kelab boleh juga didenda seperti digantung lesen utk tempoh tertentu atau ditarik balik lesen professionalnya. Dengan ini barulah kelab-kalab akan lebih berhati-hati lagi dgn segala tindak tanduk mereka, pemain, pegawai dan penyokong mereka.

Pemain2 dan pegawai2 juga perlu dikeluarkan lesen dan diperketatkan lesen mereka. Pemain dan pegawai perlu memahami peraturan dan hak sbg pemain & pegawai professional. Tindakan menarik balik atau gantung lesen pemain boleh juga dilakukan. Denda wang ringgit yg diamalkan skrg tidak memberi impak kpd kelab mahupun pemain. Pemain yg memegang lesen professional juga wajar dilarang daripada bermain dan terlibat dlm mana2 liga amatur atau perlawanan lain kecuali bagi tujuan amal yang diberi sanksi oleh otoriti yang keluarkan lesen. Ini bagi elakkan pemain menghadapi pelbagai risiko yang bakal jejaskan pasukannya dan menjaga kebajikan pemain dan kelab selain menjaga status mrk sbg pemain pro.

FAM pula setelah menswastakan liga ini nanti perlu kurangkan campurtangan dlm penganjuran dan sebaliknya tumpukan kpd pembangunan serta tingkatkan prestasi pasukan kebangsaan di pelbagai peringkat. JKKKP juga dah boleh dibubarkan dan tenaga mrk boleh diarahkan kpd bantu pasukan kebangsaan.

MP & SILVA APPOINTED AS FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA GLOBAL ADVISOR FOR MEDIA & COMMERCIAL RIGHTS UNTIL 2030




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.