Gadis kelahiran Sabah pilihan Bruno Suzuki sebagai peneman hidup

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Isteri menjadi tulang belakang utama dalam mengecapi impian-Bruno Suzuki
( 📸 ©@brunosuzuki9)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Bruno, Rosita selamat diijab kabul

Kuala Lumpur: Penyerang PDRM FC, Bruno Suzuki akhirnya memilih wanita tempatan sebagai pasangan hidupnya apabila sah bergelar suami kepada Rosita Sulaiman dalam satu majlis pernikahan, semalam.

Hari bermakna buat pemain import itu dikongsikan di laman sosial PDRM FC yang berlangsung di sebuah masjid bersama keluarga terdekat Rosita.

Dalam video yang dikongsikan itu, abang kandung Rosita sendiri menjadi wali sekali gus menikahkan adiknya itu.

Bruno dilihat cukup segak menggayakan baju Melayu berwarna putih dan bersongkok, sambil melafazkan akad nikah dengan mas kahwin RM500 menyaksikan kedua-duanya sah bergelar suami isteri.

"Tahniah kepada Bruno dan pasangan beliau yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam babak baru kehidupan mereka!.

"Semoga setiap detik yang dilalui bersama dipenuhi dengan cinta, kebahagiaan dan petualangan yang tak terlupakan. Selamat menjalani perjalanan hidup yang penuh dengan cinta dan kebahagiaan," tulis PDRM FC di laman Facebook pasukan itu.

Sementara itu, jurulatih skuad The Cops, P Maniam turut mengucapkan tahniah di atas pernikahan dua mempelai itu.

"Tahniah kepada Bruno dan pemain lain dengan ucapan tahniah atas perkahwinan dan moga mendapat rahmat bersama keluarga," kata Maniam.

Bruno sebelum ini memeluk Islam pada Ogos tahun lalu di hadapan Ustaz Arif M Rajoli dan disaksikan oleh Komandan Pulapol Kuala Lumpur (KL), Senior Asisten komisioner Noor Hisam Nordin serta barisan pengurusan, jurulatih dan pemain PDRM FC.

Dia yang lahir di Brazil dan memiliki darah Jepun dari sebelah ibunya antara pemain import yang lama beraksi di negara ini.

Untuk rekod, Bruno pernah beraksi bersama pasukan Negeri Sembilan pada 2017 dan Terengganu FC dari 2018 hingga 2020 sebelum menyertai PDRM musim lalu. Penyerang import PDRM, Bruno Suzuki memilih wanita tempatan kelahiran Sabah sebagai pasangan hidup dengan sah bergelar suami kepada Rosita Sulaiman Jumaat lalu. Bruno yang memeluk islam Ogos lalu telah melangsungkan majlis persandingannya di Putrajaya dalam sebuah majlis yang serba sederhana namun meriah dengan kehadiran ahli keluarga serta sahabat handai.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Gadis kelahiran Sabah pilihan Bruno Suzuki sebagai peneman hidup.
( 📸 ©@brunosuzuki9)


A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Gadis kelahiran Sabah pilihan Bruno Suzuki sebagai peneman hidup.
( 📸 ©@brunosuzuki9)
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Gadis kelahiran Sabah pilihan Bruno Suzuki sebagai peneman hidup.
( 📸 ©@brunosuzuki9)


SOURCE: Stadium Astro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.