Video memperkenalkan Jersi ‘Gadis Sumandak Sabah’ Terima Pujian Netizen

💰 RM149 🏢 Maxumax Suria Mall 🦏 Al Ikhsan 🏟️ Sabah FC day (18/2/23) #Bangunlahbersatusemua

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Sumandak Sabah Mana kau mau cari?

Pasukan Sabah hari ini telah memperkenalkan jersi ‘Away’ untuk tahun 2023.

Picture
Video Facebook Sabah FC

Jersi terbaru itu diberi gelaran ‘Sumandak’ yang mana ia merupakan jersi tribute kepada ‘Sumandak-Sumandak Sabah’ yang telah hadir membanjiri Stadium Likas memberikan sokongan kepada pasukan sepanjang aksi Liga Malaysia musim lepas.

Picture
Twitter @SabahFCofficial

Video yang berdurasi satu minit itu memaparkan jersi serba indah dengan padanan warna putih dan merah. Rata-rata penyokong serta peminat pasukan Sabah menyambut baik dan melontarkan respon positif terhadap rekaan jersi terbaru itu.

Menerusi tinjauan MakanBola di beberapa platform media sosial, ramai dalam kalangan netizen memuji idea penghasilan video tersebut. Selain keterujaan peminat melihat rekaan jersi yang cukup simple dan minimalist itu, jalan cerita serta isi kandungan dalam video itu turut menarik perhatian ramai.


Pada musim 2022, pasukan The Rhinos berjaya menyatukan kira-kira lima peratus populasi penduduk Sabah untuk hadir ke stadium memberi sokongan kepada pasukan.

Secara keseluruhan, Sabah FC berjaya merekodkan seramai 180,000 ribu jumlah penonton pada musim lepas. Yang lebih menariknya, 70,000 ribu daripada jumlah penonton itu datangnya daripada penyokong-penyokong wanita. Tahun ini, Sabah dijangka akan terus menjadi pasukan tumpuan dalam saingan Liga Malaysia 2023. Skuad kendalian Ong Kim Swee ini juga bakal berentap di pentas Asia dalam kejohanan Piala AFC musim ini.

SOURCE: Makan Bola

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.