Pemain berkebolehan tinggi, Rozaimi Abd Rahman yang sebelum ini berehat panjang selepas menamatkan kontrak dengan pasukan Kedah berang dengan tuduhan melampau sesetengah peminat terhadapanya.
Sebelum ini terdapat netizen yang menyifatkan Rozaimi mengalami masalah disiplin bersama Kedah yang menyebabkan beliau ditamatkan kontrak namun Rozaimi tampil menafikan dakwaan tersebut.
“Saya tamatkan kontrak dengan Kedah Darul Aman bukan sebab saya kena buang atau ada masalah disiplin.”
“Saya sendiri minta dilepaskan sebab ada masalah yang perlu saya selesaikan di Sabah semasa saya bermain bersama Kedah.” Jelas Rozaimi di Facebook.
“Hubungan saya dengan Kedah tiada masalahpun.”
“Kedah turut tidak mahu melepaskan saya tapi saya ada urusan perlu diselesaikan di Sabah.”
“Saya gembira dapat beraksi bersama pasukan yang mantap dan inginkan kemenangan setiap perlawanan. Kalau boleh saya nak bermain di sana sampai kontrak saya habis di sana.”
“Jangan fitnah orang yang tidak bersalah. Jangan tutup periuk nasi orang dengan kata-kata fitnah yang bukan-bukan!”
SOURCE: makanbola
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.