Sabah FC Lupakan Khidmat Saddil Ramdani

Maka terjawablah kehilangan pemain berusia 22 tahun dari Indonesia itu. Bukan OKS yang taknak guna dia ..

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Sabah FC akan meneruskan cabaran dalam kempen Piala Malaysia musim ini dengan hanya empat import, setelah Saddil Ramdani sah tidak dapat digunakan khidmatnya untuk paling kurang tiga bulan kerana kecederaan.


Pemain dari Indonesia itu antara tonggak penting skuad Sabah musim ini, dan prestasi baiknya membolehkan dia ditawarkan lanjutan kontrak sehingga penghujung musim 2022 pada bulan Jun lalu.

Begitupun, kecederaan pangkal paha dialami Saddil Ramdani sejak Ogos lalu menjadi bertambah serius sekaligus dia dinasihatkan untuk menjalani pembedahan dan pemulihan selama tiga bulan.

“Doktor pakar di Hospital KPJ Damansara mengesahkan Saddil perlu mendapatkan rawatan susulan dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya 3 bulan jika ingin pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya sejak 5 perlawanan terakhir saingan Liga Super.

“Memang ketiadaannya menjejaskan perancangan kita di Piala Malaysia tapi lebih penting pengurusan amat mengharapkan agar Saddil dapat segera pulih sepenuhnya untuk menghadapi saingan Liga Super 2022,” kata pengurus pasukan Marzuki Nasir dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Ini sekaligus memberi jawapan kepada ‘kehilangan’ pemain berusia 22 tahun itu dalam beberapa perlawanan terakhir.

Saddil Ramdani menjaringkan tiga gol dan tiga assist dalam kempen Liga Super 2021 yang menyaksikan Sabah mengakhiri saingan di kedudukan kesembilan.

Dalam kempen Piala Malaysia, dia hanya beraksi sebagai pemain gantian ketika Sabah seri 1-1 menentang PJ City dan tiada dalam senarai pemain ketika seri 2-2 menentang Kelantan.


Sabah yang mendapat sentuhan bekas jurulatih skuad kebangsaan Dato’ Ong Kim Swee menggantikan Kurniawan Dwi Yulianto bermula 1 Oktober, kali terakhir mara ke final Piala Malaysia pada 2003, yang mana mereka tumbang kepada MPPJ Selangor.

Ketika ini skuad tambadau mengharungi 12 perlawanan tanpa kemenangan dan akan bertemu juara Liga Super Johor Darul Takzim dalam aksi berikutnya pada 30 Oktober.

SOURCE: Labola Malaya

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.