Kelantan FC bantah penalti Sabah

Picture
RISTO Mitrevski (tengah) menyempurnakan kedua-dua sepakan penalti Sabah dalam aksi Piala Malaysia menentang Kelantan FC di Kota Bharu, 30 September lalu.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


KOTA BHARU: Kelantan FC menghantar bantahan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap keputusan pengadil memberikan dua sepakan penalti kepada Sabah dalam aksi Kumpulan D, Piala Malaysia pada 30 September lalu.

Pada perlawanan itu, Kelantan FC terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 selepas pengadil Fitri Makson memberikan dua sepakan penalti kepada lawan pada minit ke-32 dan 79.


“Pada minit minit ke-79, pemain Kelantan FC iaitu Muhammad Yusri (jersi No. 55) telah melakukan bentesan terhadap N.Thanabalan (No. 27) dalam kawasan kotak penalti.

“Pengadil telah tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Sabah FC yang merupakan suatu kelebihan tidak adil (unfair advantage), sekali gus menyebabkan satu penalti diberikan kepada Sabah FC,” katanya dalam surat yang dikongsikan di Facebook rasmi pasukan TRW Kelantan FC hari ini.

Kata Norizam, berpandukan kepada pemerhatian dan pengamatan, Kelantan FC membantah keputusan yang dibuat oleh pengadil kerana penalti tersebut tidak sepatutnya diberikan.


Ini kerana pemain Kelantan FC hanya menguis bola dari belakang dan tidak menggunakan kekerasan ketika merebut bola tersebut.

Ujarnya, pemain berkenaan telah melakukan simulasi dengan menjatuhkan badan selari dengan definisi yang dinyatakan dalam Laws of The Game 20/21 dalam perlawanan itu.

Picture
AKSI Kelantan FC dan Sabah dalam saingan Piala Malaysia berkesudahan 2-2.

“Kami menegaskan bahawa keputusan yang sewajarnya diberikan adalah suatu amaran atau layangan kad kuning terhadap N.Thanabalan menurut kepada Diciplinary Action Law,” ujarnya.

Zamsaham berkata, pihaknya turut membuat bantahan melibatkan penafian sepakan percuma dan penalti pada minit ke-67 dan 94 kepada The Red Warriors (TRW).

“Pihak pengadil juga telah menafikan untuk memberikan sepakan percuma kepada Kelantan FC pada minit ke-67 dimana pemain kami iaitu Ismail Ibrahim (jersi 96) dikasari pemain Sabah FC, Ummareng Bachok (jersi 19) di luar kotak penalti.

“Kemudian pada minit ke-94, pemain kami iaitu Haziq Subri (No. 69) dikasari pemain Sabah, Risto Mitrevski (No. 5) dalam kotak penalti, di mana kami beranggapan sewajarnya diberikan penalti.

Zamsaham berkata, Kelantan FC telah telah dimaklumkan oleh Penilai Pengadil, Azman Sulong bahawa keputusan penalti tersebut tidak sewajarnya diberikan kepada Sabah FC.


“Berdasarkan perkara di atas, kami memohon Unit Pertandingan MFL (Liga Bola Sepak Malaysia) dan Unit Pengadil FAM mengambil serius keadaan ini serta mengambi tindakan sewajarnya.

“Pihak kami turut berharap tindakan drastik diambil bagi memastikan integriti dan ketelusan permainan secara keseluruhannya di dalam Liga Malaysia dapat diamalkan bagi mengelakkan sebarang permasalahan atau pertikaian lanjut pada masa akan datang,” katanya.

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.