Jelani dilantik Setiausaha Agung SAFA yang baharu

Picture
BUNG menerima surat peletakan jawatan daripada Benedict sambil diperhatikan Jelani (kiri) dan Bendahari Agung Safa, Jasnih Daya.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



KOTA KINABALU–Datuk Dr Jelani Hamdan dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) yang baharu menggantikan Benedict Asmat berkuatkuasa serta merta.

Pelantikan Jelani diumumkan oleh Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada Benedict dan Jelani akan mengambil alih tugas itu.

Benedict merupakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya (KKR) dan mengikut peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seseorang penjawat awam tidak boleh memegang jawatan setiausaha agung badan bolasepak negeri.


Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya mengucapkan terima kash kepada bekas Setiausaha Agung SAFA itu atas sumbangannya sepanjang bersama dengan SAFA.

“Kita sedar banyak sumbangan beliau terhadap SAFA kerana dia telah memegang beberapa jawatan sebelum ini dan telah begitu lama berkhidmat dengan persatuan bolasepak negeri,” ujar beliau.

Jelani pula ketika ditemui di sini, berkata pihaknya berterima kasih dengan Presiden SAFA itu atas kepercayaan dan keyakinan terhadapnya untuk menggalas tugas baharu itu.


Katanya, beliau akan cuba melakukan yang terbaik untuk SAFA khususnya dalam memajukan sukan bolasepak di negeri ini.

“Sebagai setiausaha agung, tugasnya memang berat namun dengan kepercayaan yang diberikan presiden, saya akan menggalas tugas ini sebaik mungkin untuk membantu kepimpinan SAFA khususnya presiden memacu sukan bolasepak maju ke hadapan,” tambahnya.

SOURCE: DAily Ekspress

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.