![]() |
Penuhi Target Sabah FC Tapi Dipecat, Kurniawan Dwi Yulianto Diburu Klub Lain |
Kurniawan Dwi Yulianto ternyata tidak kehilangan minat pasukan lain. Dia mengaku saat ini sudah berkomunikasi dengan beberapa kelab.
Meskipun mengemudi dengan prestasi hambar anak buah dengan menamatkan saingan di tangga ke-9 selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir.

Beliau sekurang-kurangnya berjaya mencapai sasaran kelab untuk kekal di Liga Super dan tetap menyelamatkan Sabah dari penyingkiran ke Liga Premier.

Direhatkan pada ketika kelab mempunyai baki 1 perlawanan di Liga Super Malaysia, Biarpun begitu, mata dikumpul Sabah tidak dapat dikejar oleh Perak FC mahupun UiTM. Memberi Sabah kelebihan mata dimana memiliki 19 poin mata, berbanding Perak 13 angka pada akhir perlawanan kendalian beliau.

Rekod beliau bersama Sabah kurang begitu baik. Musim ini Kurniawan cuma mampu membawa Sabah meraih 4 kemenangan, 4 Seri, dan 9 kekalahan dalam 20 perlawanan.

Ketika ditanya soal keberhasilan Sabah bertahan di Liga Super Malaysia oleh Football5Star.com, Kurniawan cuma menjawab, “Alhamdulillah.” Namun, Kurniawan tidak menolak saat ini sudah ada beberapa tawaran yang datang untuknya.
“Memang ada beberapa tawaran melatih. Namun, masih menunggu semua selesai dahulu,” tambah dia.
Kurniawan Dwi Yulianto Masih di Sabah
Kurniawan sendiri masa ini masih berada di Sabah. Namun, dia belum mengetahui soal perancangan di depan biarpun tidak lagi mengemudi sebagai ketua Jurulatih Sabah FC.
“Perancangan pada masa hadapan sejujur saya belum tahu. Saya juga masih harus menyelesaikan beberapa hal pengurusan terlebih dahulu di sini,” akhir kata Kurniawan Dwi Yulianto.
Penyokong bersedih pemecatan Kurniawan
Salah seorang penyokong Sabah FC meluahkan rasa sedih atas pemecatan Kurniawan. Berikut merupakan luahan seorang User bernama Teo Kui Yung di laman medsos facebook Sabah FC fan.Saya sedih dengan pengurusan bola sepak Sabah, kerana melepaskan Coach Kurniawan Dwi Yulianto. Saya anggap dia sebagai keluarga Sabah FC. Coach Kurniawan telah menyelamatkan Sabah FC daripada zon penyingkiran ke Liga Perdana pada tahun ini dan tahun lepas.
Saya merindui suara Coach Kurniawan memberi kata - kata semangat kepada Sabah. Ketika Sabah FC ketinggalan 1-0 kepada Perak FC di separuh masa pertama. Di bilik persalinan, Coach Kurniawan berkata " Saya percaya kalian, jika kalian tidak percaya diri bagaimana kalian bisa bekerja" Masa tu, Sabah FC menang 2-1.
Ketika Coach Kurniawan direhatkan, saya harap dia dapat kembali ke Sabah sebagai Jurulatih Sabah FC di Piala Malaysia nanti. Tapi sebaliknya berlaku, dan saya menerima juga Datuk Ong Kim Swee sebagai Jurulatih Sabah FC.
Bagaimana dengan Sam Johnson, pemain yang kita kurang percaya prestasi dan kebolehan beliau? Apakah ketiadaan Sam Johnson, pasukan Sabah FC bertambah baik? Rupanya ketiadaan Sam Johnson, Sabah FC belum mencatatkan sebarang kemenangan.
Berbalik kepada Coach Kurniawan, apakah Sabah FC bertambah baik selepas beliau direhatkan? Sebelum tu Sabah FC seri dengan Selangor FC (2-2) dan Sabah FC menang dengan Perak FC (2-1) di bawah Coach Kurniawan. Selepas Coach Kurniawan direhatkan, Selangor FC belasah dan kalahkan Sabah FC 6-0, Perak FC kalahkan Sabah FC 1-0. Apapun keputusan, jurulatih sentiasa menjadi mangsa dan dipersalahkan di Liga negara kita.
Ada yang mencadangkan, panggil jurulatih Korea Selatan. Boleh saja, tiada masalah. Tapi masalahnya, itulah masalah komunikasi bahasa. Persoalannya, kena cari sebab mengapa Sabah FC kalah? Bukan hanya salahkan jurulatih, tapi lebih baik menang sama - sama dan kalah sama - sama. Mungkin saya marah dengan pengurus bola sepak Sabah tapi saya tidak berhenti menyokong Sabah FC.
Terima Kasih", katanya

Obsesbola: Terima Kasih Kurniawan Dwi Yulianto atas segala khidmatmu buat Sabah FC dan tidak lupa juga buat pembantu fitness bersama Coach Duo senegara beliau dari Indonesia Sofie Imam Amalia
SOURCE: football5star
Kongsikan artikel ini: