![]() |
Cristiano Ronaldo kembali ke pangkuan Manchester United |
Ronaldo pulang kembali semula ke pangkuan Man Utd!
LONDON: Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo akhirnya pulang ke pangkuan pasukan itu selepas bersetuju untuk kembali ke Old Trafford dari Juventus dengan nilai perpindahan £24 juta (RM138.4 juta).
Perpindahan itu pastinya sangat mengejutkan memandangkan Ronaldo dikatakan bakal menyertai musuh setempat United, Manchester City selepas ejennya, Jorge Mendes berbincang dengan pasukan tersebut.
Difahamkan, selepas tersebar spekulasi pemain antarabangsa Portugal itu akan menyertai City, pemilik United, Malcolm Glazer bersetuju untuk campur tangan dan berbincang dengan Ronaldo.
Bekas pemain Real Madrid itu akan menyertai United dengan perjanjian selama dua tahun dan akan menerima gaji lumayan £480,000 (RM2.8 juta) seminggu.
![]() |
Ronaldo kembali ke pangkuan United |
Bintang penyerang Portugal berusia 36 tahun itu akan menandatangani kontrak dua tahun, umum United dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurut United mereka sudah mencapai persetujuan dengan Juventus mengenai perpindahan Ronaldo dan hanya menunggu pemain itu menjalani ujian perubatan sebelum kontrak dimeterai.
“Cristiano, pemilik lima gelaran Ballon d’Or dan pemenang 30 trofi utama, termasuk lima piala Liga Juara-Juara, empat Piala Dunia Kelab, tujuh kejuaraan liga di England, Sepanyol dan Itali serta gelaran Eropah bersama Portugal.
“Ketika kali pertama bersama Manchester United dia meledak 118 gol dalam 292 perlawanan. Semua orang di kelab amat mengalu-alukan kepulangan Cristiano ke Manchester,” tulis United.
Ronaldo sebelum itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, namun dia merubah fikirannya sebaik saja menerima tawaran daripada United.Welcome 𝗵𝗼𝗺𝗲, @Cristiano 🔴#MUFC | #Ronaldo
— Manchester United (@ManUtd) August 27, 2021
Kapten Portugal itu menyertai United pada 2003, sebelum meninggalkan kelab itu untuk berhijrah ke Real Madrid pada 2009.
![]() |
CRISTIANO RONALDO ketika mewakli Manchester United sekitar 2003-2009.- AFP |
Pemenang lima kali Ballon d’Or itu dijangka menandatangani dua tahun perjajian dengan syarat diberikan visa dan lulus dalam ujian perubatan.
United dilaporkan bersetuju membayar 20 juta euro (RM98 juta) kepada kelab gergasi Itali itu dengan bonus sehingga 3 juta euro (RM14.78 juta).
“Manchester United gembira mengesahkan bahawa kelab sudah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi perpindahan Cristiano Ronaldo, tertakluk kepada terma peribadi, visa dan laporan perubatan,” kata United dalam satu kenyataan.
Terdahulu, bintang Portugal tersebut dikaitkan ke Manchester City, namun selepas khabar angin itu bertiup kencang kira-kira selama 48 jam, ejen Ronaldo, Jorge Mendes hari ini mengesahkan kelab itu tidak lagi berminat untuk mendapatkan penyerang terbabit.
Ronaldo bakal membuat kepulangan semula selepas 12 tahun meninggalkan Old Trafford bagi menyertai Real Madrid diikuti Juventus.- AGENSI