Tular sebuah rakaman di mana beberapa penyokong Itali dicaci dan dibantai di kawasan seakan-akan berdekatan transportasi awam.
Dalam perlawanan awal pagi tadi, England tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti selepas Saka, Sancho dan Rashford gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Keganasan bola sepak melibatkan pengganas (hooligan) dari England bukanlah sesuatu yang asing lagi-lagi perlawanan ini pula dilangsungkan di England.
Seorang penyokong Itali dirakam ditarik hingga jatuh seterusnya terus disepak di badan dan kepala sambil carutan. Penyokong Itali yang seakan-akan terkejut hanya mampu menahan menggunakan tangan dan mengharapkan bantuan steward yang turut gagal mengawal keadaan.
Penyokong England menyalakan bunga api di luar hotel penginapan Itali menjelang aksi final, awal pagi ini.
Video memaparkan bunga api yang berwarna warni menerangi langit berdekatan pusat latihan Tottenham.
Itali menginap di hotel mewah Myddelton Lodge yang bersambung dengan pusat latihan terbabit.
Penyokong England berkongsi hantaran mengenai kegiatan terbabit yang dilakukan di tempat letak kereta di pub berdekatan.
Mereka menyatakan bunga api itu dinyalakan sekitar jam 2.30 pagi ketika pemain Itali sedang nyenyak tidur.
Namun, Itali beruntung kerana semua bilik di hotel terbabit adalah kalis bunyi.
Myddelton Lodge - yang juga dikenali sebagai Spurs Lodge - memiliki 40 bilik, bilik pawagam dan BBQ Argentina.
Ia dibina tiga tahun lalu untuk melayan kunjungan pasukan elit dan direka untuk membolehkan pemain mendapat rehat yang cukup - bilik kalis bunyi dan televisyen yang dipalingkan daripada katil.
Terdapat juga tilam khas yang direka untuk memaksimumkan tidur dan pencahayaan istimewa dalam setiap bilik. -Agensi
Dalam perlawanan awal pagi tadi, England tewas kepada Itali menerusi penentuan sepakan penalti selepas Saka, Sancho dan Rashford gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Seorang penyokong Itali dirakam ditarik hingga jatuh seterusnya terus disepak di badan dan kepala sambil carutan. Penyokong Itali yang seakan-akan terkejut hanya mampu menahan menggunakan tangan dan mengharapkan bantuan steward yang turut gagal mengawal keadaan.
Penyokong England menyalakan bunga api di luar hotel penginapan Itali menjelang aksi final, awal pagi ini.
Penyokong England buat 'kerja' sia-sia

Tags