Brendan Gan yang dikesan menghidap kanser testis agar cepat sembuh dan kembali pulih. |
Kanser buat Brendan ‘berehat’ sebentar
Berita sedih buat pasukan Selangor dan negara apabila tonggak tengah, Brendan Gan disahkan menghidap kanser testis dan bakal diketepikan untuk tempoh yang panjang pada kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.GET WELL SOON, BRENDAN GAN 💪 |
Pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu, berkata selepas disahkan menghadapi kanser testis, pembedahan sudah dilakukan dan kini dalam proses menjalani pemulihan.
“Hidup saya sentiasa positif walaupun ada ketika agak kecewa dengan kritikan negatif tetapi saya sering menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi untuk menguatkan karakter diri sendiri.
“Kini, saya berdepan ujian sekali lagi apabila disahkan mengalami kanser testis dan saya sudahpun melakukan pembedahan. Sekarang adalah fasa untuk saya menjalani proses pemulihan.
“Apa yang pasti, saya sangat bertuah apabila didampingi individu yang sentiasa memberi sokongan terutama keluarga, rakan-rakan terdekat dan komuniti bola sepak tempatan.
“Kanser tidak akan mematahkan semangat saya sebaliknya akan lebih bermotivasi dalam usaha kembali ke padang bola sepak memimpin pasukan Selangor secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram rasminya sebentar tadi.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain berusia 33 tahun itu sekali gus menamatkan spekulasi ketiadaannya dalam skuad Gergasi Merah ketika seri 1-1 bertemu Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi Liga Super minggu lalu.
Pada aksi tersebut, kesebelasan utama pasukan Selangor dengan ‘misteri’ memegang jersi No.88 milik Brendan ketika bergambar sebelum saingan dimulakan.
Sementara itu, Selangor FC mengesahkan perkara tersebut dan mengucapkan agar semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada pemain kelahiran Australia sepanjang tempoh pemulihannya.
Pemain bola sepak kelahiran Australia itu mempunyai karier yang luas di Luar Negara, dimana bermain untuk banyak kelab sebelum bermula di Malaysia
Dilahirkan di pinggir bandar Sydney, dia memulakan kariernya di, Sutherland Sharks, debut seniornya ketika berusia 20 tahun.
Dia terus bermain untuk pasukan Australia teratas Sydney FC selama 3 tahun, sebelum melakukan perpindahan kelab antarabangsa di Malaysia untuk buat pertama kali bersama Sabah FA pada tahun 2012.
Gan kembali ke Australia setahun selepas, bermain untuk Rockdale City Suns setelah Sabah tidak menawarkan perpanjangan kontrak kepadanya. Brendan Gan bermain untuk Sydney FC pada tahun 2011.
Brendan Gan bermain untuk Sydney FC pada tahun 2011. |
Dengan prestasi yang ditunjukkan di TRW, beliau dipanggil ke pasukan kebangsaan pada 2016 sehingga kini berjaya mengumpul 18 caps untuk Harimau Malaya.
Menjelang musim Liga Super Malaysia 2020 Beliau ditandatangani pasukan Selangor FC dan menjadi kapten kelab pada musim kedua di Red Giants.
Gan dijangka akan dikeluarkan sepanjang musim ini untuk bertarung dengan Kanser.
GET WELL SOON, BRENDAN 💪
Obsesbola : Sama-sama kita seluruh warga bola sepak tanah air mendoakan pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan yang dikesan menghidap kanser testis agar cepat sembuh dan kembali pulih.