Nazirul Naim rekrut terbaru Sabah FC

Kickbola.net Selepas Tinggalkan Perak, Nazirul Naim Bakal Sertai Sabah

Nazirul Sah Sertai Sabah FC

Sabah Football Club (FC) hari ini, mengumumkan bekas pertahanan kiri Perak FC, Nazirul Naim Che Hashim akan menyarung jersi pasukan itu bagi menghadapi baki saingan Liga Super, musim ini.

P
engurus Sabah FC, Marzuki Nasir berkata, pihaknya sudah menerima maklum balas rasmi daripada Perak FC berhubung pelepasan bekas pemain kebangsaan berusia 28 tahun itu.

“Saya harap kehadiran Nazirul dan akan memperkuatkan lagi pasukan yang dibimbing Kurniawan (Dwi Yulianto) ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemain kelahiran Kuala Kangsar yang beraksi bersama Perak sejak 2016 itu, baru-baru ini, memohon pelepasan daripada Perak FC dan menjadi pemain terbaru meninggalkan The Bos Gaurus selepas Shahrul Saad dan Guilherme De Paula yang berhijrah ke Johor Darul Ta’zim (JDT).


Selain itu, dua lagi pemain iaitu Kenny Pallraj dan J Parthiban turut meninggalkan Perak FC untuk menyertai KL City FC.

Kickbola.net Marzuki mengesahkan dua pemain muda Sabah FC yang juga bekas pemain skuad B19 kebangsaan, Arius Dius Jais dan Evan Wensley Wenceslaus akan dipinjamkan selama enam bulan kepada pasukan Kelantan United FC untuk baki saingan Liga Premier, musim ini.
“Pihak pengurusan Sabah FC ingin melihat kedua-dua pemain muda ini berkembang dan menimba pengalaman bermain bersama kelab lain, sekali gus menambahkan lagi minit permainan mereka.

“Selain dapat meningkatkan mutu permainan dan keyakinan ia juga baik untuk Sabah FC pada masa akan datang,” katanya.


Arius dan Evan yang kini berusia 23 tahun akan menguatkan lagi barisan pemain Kelantan United dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.

Ia kali pertama dua pemain ini berhijrah ke pasukan lain selepas bermain bersama pasukan B19 Sabah sejak 2016 sebelum Evan dinaikkan ke skuad senior pada 2018 dan Arius pada 2019.

Kickbola.net Pemain pertahanan negara, Nazirul Naim dikhabarkan telah memilih Sabah FC sebagai pasukan baharu setelah beliau meninggalkan Perak pada jendela perpindahan kedua musim ini.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pasukan baharu Nazirul ialah Sabah sekaligus menafikan khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Selangor.

Nazirul menjadi pemain keenam yang meninggalkan Perak selepas pasukan itu menghadapi krisis tunggakan gaji pemain selama beberapa bulan.


Terdahulu tersebar satu ciapan twitter dari Youtuber Sabahan 'ToraBolaTV' di TikTok dimana sempat 'melamar' pemain itu sebelum Nazirul memulakan perlawanan menentang Sabah FC di Likas.

Shahrul Saad, Guilherme De Paula, Kenny Pallraj dan J.Partiban terlebih dahulu memutuskan untuk meninggalkan pasukan dengan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City.

Pemain import Asean, Shakir Hamzah kemudiannya mengikut jejak langkah empat pemain di atas dimana kelab Singapura dan Thailand berminat untuk mendapatkan khidmat Shakir.


Selain semakin hampir untuk menandatangani Nazirul Naim, Sabah dilaporkan diperkuatkan dengan seorang pemain pertahanan kiri iaitu Syazwan Andik yang bakal hadir sebagai pemain pinjaman dari JDT.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.