Anak buah Dollah akhirnya rasai nikmat kemenangan.
KUANTAN: Sri Pahang FC mencatat kemenangan pertama apabila menewaskan Sabah FC 2-1 di Stadium Darul Makmur, malam ini.
M
isi anak buah Dollah Salleh menyasarkan tiga mata dapat dilihat apabila memberi tekanan kepada pelawat sebaik perlawanan bermula. Peluang terbaik Sri Pahang hadir menerusi Lee Tuck tetapi bola tendangan pemain tengah itu diselamatkan penjaga gol Sabah, Robson Rining pada minit ke-13.
Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Lee Tuck hampir menjaringkan gol pendahuluan tetapi bola rembatannya berjaya ditepis keluar Robson.
Namun, bersambung babak kedua, penyerang Sabah, Sam Johnson yang hanya berhadapan penjaga gol Sri Pahang, Zafri Irfan Hashimuddin mensia-siakan peluang itu apabila bola tendangannya sedikit tersasar pada minit ke-48.
Pada minit ke-55, penyerang import Yevhen Bokhashvilli menceriakan pasukan Sri Pahang apabila menjaringkan gol pendahuluan.
Bagaimanapun, Saddil Ramdani menjaringkan gol buat Sabah pada minit ke-80 tetapi ia sudah terlambat daripada menghalang tuan rumah melakar kemenangan.
Kepercayaan dan semangat yang diberikan pengendali, Dollah Salleh kepada Lee Tuck membantu pemain tengah Sri Pahang FC itu untuk bangkit membantu pasukan meraih kemenangan pertama aksi Liga Super 2021, semalam.
Bekas pemain Terengganu FC itu mengukuhkan kemenangan pasukan menerusi tandukannya pada minit ke-70 selepas gol pertama dilakukan oleh Yevhen Bokhashvili bagi menewaskan Sabah FC dengan keputusan 2-1.
Dollah nyata berpuas hati dengan aksi yang telah ditampilkan oleh kesemua pemain terutamanya Lee Tuck dalam aksi di Stadium Darul Makmur itu dengan menganggap dia antara pemain terbaik berjaya mencipta peluang dan asakan merbahaya kepada lawan.
Lee Tuck yang baru berhijrah ke Sri Pahang pada musim ini mengakui pada awalnya masih dalam fasa mencari rentak keserasian sewaktu perlawanan pertama dan kedua tempoh hari sehingga bergelut untuk memburu kemenangan.
Namun semangat berterusan yang diberikan Dollah untuk meletakkan kepercayaan tinggi kepadanya dalam perlawanan membuatkan dia lebih yakin untuk membuktikan sesuatu pada aksi semalam.
“Satu kelegaan untuk diri saya dan pasukan apabila akhirnya berjaya meraih tiga mata pertama dan ia sangat bermakna untuk kami meneruskan aksi pada musim ini dengan lebih baik.
“Kami sebenarnya sentiasa memperbaiki diri dalam setiap perlawanan dan daripada aspek serangan juga bertambah baik, yang penting semua pemain hanya ikut apa yang diajar oleh jurulatih dan daripada situ kami bina tahap keyakinan untuk lebih bersemangat dalam perlawanan semalam.
“Semestinya dengan satu gol yang saya lakukan semalam membuatkan semangat ini terus meningkat untuk saya cuba memburu lebih banyak gol, tetapi apa yang penting adalah untuk bantu menghadiahkan mata buat pasukan,” katanya.